Jumaat ,11/08/2006 – Rejim Zionis telah menangkap 4 rakyat Palestin termasuk 2 orang pelajar perempuan sebuah universiti
di bandar Nablus lewat subuh tadi.
Jumaat ,11/08/2006 – Kesihatan Menteri Hal Ehwal Agama PA, Nayef Al-Rejoub (gambar) dilaporkan bertambah teruk akibat tindakan ganas dan berterusan Israel ke atas beliau. Rejoub kemudiannya dipindahkan daripada sel tahanannya di Penjara Ashkelon ke Penjara Ramle di mana kebanyakkan Menteri dan Ahli Parlimen PA ditempatkan. Menurut peguam, Sherien Eisawi yang melawat pegawai kerajaan yang diculik di wad tahanan mereka, keadaan kesihatan Rejoub ternyata amat membimbangkan. Beliau kehilangan berat badan yang banyak akibat penderaan fizikal dan psikologi berterusan ke atasnya. Dalam pada itu, Sherien berkata beliau akan memfailkan tuntutan agar Rejoub dapat menjalani pemeriksaan kesihatan.
Khamis ,10/08/2006 –
Zionis Israel terus berusaha untuk menjatuhkan pemerintahan Palestin dan Hamas. Di samping
tindakan ketenteraan yang terus giat di lakukan di Genting Gaza. Israel juga mengacukan senjata ke
arah para tokoh dan pemimpin Hamas. Tanpa perasaan segan Israel mengirim surat beracun kepada PM Palestin Ismail Hanneyah. Dan sebelumnya, Israel menangkap beberapa anggota kabinet dan legislatif Palestin, termasuk Ketua Dewan Legislatif Palestin Dr. Aziz Duweik pada Ahad (06/08) di rumahnya di Ramallah, Tebing Barat.
Berikut adalah wawancara telefon yang berlangsung antara stesen televisyen al arabia dengan Dr.
Aziz Duweik (gambar) beberapa jam setelah beliau diculik oleh Zionis Israel yang kemudiannya disumbatkan ke
dalam penjara Zionis Israel di Ofer, Tebing Barat.
Khamis ,10/08/2006 –
Kementerian Dalam Negeri kerajaan Palestin telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyiasat percubaan bunuh oleh Israel terhadap Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya, menggunakan surat beracun yang dihantar kepada beliau melalui surat berdaftar dari Tel Aviv, menurut satu sumber dari pejabat Perdana Menteri (PM).
Khamis ,10/08/2006 – Menurut seorang saksi, helikopter bersenjata Israel telah melepaskan sebutir peluru berpandu kearah khemah latihan pejuang Palestin di Jalur Gaza, memunuh tiga orang termasuk seorang kanak-kanak berumur 3 tahun.
Khamis ,10/08/2006 – Israel semakin mengalami kerugian besar dalam peperangan melawan Hizbullah . Pada saat PBB gagal mengeluarkan keputusan senjata, Hizbullah menewaskan dan mencederakan 16 rejim Zionis dan menghancurkan 10 tank dalam satu pertempuran pada 08/08/06.
Pihak Palestinkini berkesempatan mewawancara penyumbang tetap artikel Palestinkini iaitu saudara Maszlee Malik berhubung isu Palestin dan Lubnan. Ikuti kupasan lanjut.
Rabu ,09/08/2006 – Tanpa sebarang keraguan siapa yang menjadi dalang di sebalik sampul surat beracun di Ramallah, Kerajaan Palestin menuduh Perisik Israel bertanggungjawab menjadi perancang kepada kejadian cubaan bunuh tersebut.
Rabu ,09/08/2006 – Pengarah Operasi Badan Bantuan PBB untuk Pelarian Palestin UNRWA (United Nations Relief and Works
Agency for Palestine Refugees in the Near East), John Ging menyatakan bahawa perang yang berlaku
di Lubnan sewajarnya tidak menutupi krisis kemanusiaan yang sedang kronik berlaku di Genting Gaza.

oleh : Nour Odeh – The Electronic Intifada 30 Julai 2006
Kata2 sudah tidak berguna lagi dalam menceritakan kekejamanan dan penyembelihan berterusan ke atas Palestine dan Labenon oleh tentera Israel (yang dibiayai oleh AS). Tidak kiralah setegas dan sekeras mana perkataan yang digunakan, ia tetap tidak bermakna jika dibandingkan dengan kesengsaaraan yang di alami oleh rakyat Labenon dan Palestine akibat senjata2 Israel dan sikap kuasa2 dunia ke atas mereka.
Selasa ,08/08/2006 – Harian Haaretz menyatakan bahawa militan Israel berniat memperluaskan operasi serangan
ke Lubnan mencakupi sasaran infrastruktur strategik awam dan tokoh-tokoh penting pihak kerajaan.
Tindakan tekad ini disampaikan setelah roket Hizbullah membunuh 15 Yahudi di utara Israel pada Ahad
(06/08).

oleh : Maszlee Malik
Lewat isu nuklear Iran dan juga peperangan Zionis-Hizbullah, timbul satu fenomena di Malaysia. Terdapat dua golongan yang saling bertentangan di dalam menyikapi isu ini. Di satu pihak, wujud golongan yang mengambil peluang isu ini untuk mempromosikan Syiah dan ideologi revolusi Iran. Di sudut yang bertentangan pula, wujud golongan yang menentang Syiah dan menyatakan kebimbangan mereka mengenai tersebarnya ideologi Syiah kerana isu tersebut.
Isnin ,07/08/2006 – Seramai 12 orang tentera rejim Zionis terbunuh dalam serangan roket Hizbullah ke wilayah Keryat
Shemona pada pagi Ahad (6/8). Jumlah ini adalah yang terbesar dalam beberapa serangan yang
dilancarkan Hizbullah sejak serangan Israel di Lubnan.
Isnin ,07/08/2006 –
Perdana Menteri, Ismail Haneyya memberi amaran bahawa Israel telah mencuri peluang membunuh lebih ramai penduduk di Semenanjung Gaza ketika tumpuan penduduk dunia hari ini lebih tertumpu kepada isu Lubnan.
Isnin ,07/08/2006 –
Untuk enam minggu berturut-turut, tentera rejim Zionis telah menghalang umat Islam Palestin daripada menghadiri solat Jumaat di masjid suci Al-Aqsa di samping mengeluarkan sekatan-sekatan yang melampau.