Tukar Tawanan: Rundingan Rahsia Israel

Rabu, 28/06/2006 – MP Dr. Mahmoud Al-Ramahi, setiausaha PLC berkata pada hari Selasa Israel mula menghantar perunding rahsia untuk berbincang mengenai penukaran tawanan penjara selepas penculikan tentera Zionis, Gilad Shalit, oleh kumpulan pejuang Palestin.

Tukaran Maklumat Penculikan dengan Membebaskan Tahanan Wanita dan Anak-anak

Rabu, 28/06/2006 –

Sumber-sumber Israel menyebutkan bahawa Gerakan Hamas, Front Rakyat dan Pasukan Islam telah mengedarkan risalah yang menyeru pemerintah penjajah Zionis Israel membebaskan para tahanan wanita dan anak-anak Palestin yang berusia di bawah
18 tahun dengan tukaran maklumat berkenaan tentera Israel yang diculik oleh pihak Palestin.

Brigade Qassam: Kami akan ajar rejim Zionis di Gaza !!

Rabu, 28/06/2006 – Pasukan bersenjata Palestine mengakui pada Selasa lalu yang mereka telah bersedia untuk mempertahankan Semenanjung Gaza dari rejim Zionis dimana pejuang-pejuang bersenjata dari pasukan ini telah digerakkan ke setiap pelusuk semenanjung Gaza.

Israel patut mengambil pengajaran. MP Qaraqi mendesak banduan ditukar.

Rabu, 28/06/2006 –

Jurucakap PLC kepada Hamas, Dr Aziz Duwaik (gambar) telah mendesak parti tersebut supaya peneruskan penahanan tentera Isreal yang ditangkap. Beliau menambah bahawa Israel sepatutnya mengambil pelajaran dan tahu makna polisi kelaparan yang telah dikenakan ke atas rakyat Palestin. ?Mereka (pekerja kerajaan Israel) mesti memahami bahawa pihak yang kelaparan tidak akan tunduk sama sekali,? ujar Duwaik di dalam Persidangan Anti-Dadah Kebangsaan di bandar El-Bireh.

Kedatangan Mishaal ditunggu-tunggu

Rabu, 28/06/2006 –

Menteri Luar Mesir, Ahmed Abul Ghait telah dijadualkan untuk bertemu dengan Penasihat Keselamatan Dalam Negeri Presiden Mahmoud Abbas,Jibril Rejoub. Pertemuan dilihat sebagai satu perkembangan Dialog Nasional Palestin.Rejoub juga dijangka akan bertemu dengan ketua maklumat Omar Suleiman bagi membincangkan perkembangan terbaru arena Palestin.

Serangan Balas Berlaku Selepas Kekejaman Zionis

Selasa, 27/06/2006 –

Dr. Mahmoud Al-Ramahi, setiausaha PLC, pada hari Ahad berkata berita serangan Palestin terhadap tentera Zionis yang digembar-gemburkan dengan begitu hebat hanya berlaku selepas serangan kejam Israel yang telah mengorbankan ramai orang awam termasuk kanak-kanak yang dibaham begitu kejam sambil berkata serangan balas itu sesuatu yang berkualiti dengan membunuh 2 tentera zionis manakala seorang lagi diculik (gambar) .

Gempar ! : Abbas memecat mufti Baitulmuqaddis

Selasa, 27/06/2006 –

Presiden Mahmoud Abbas dalam kenyataannya melalui Pejabat Presiden Isnin lalu telah bertindak memecat Mufti Baitulmaqdis, Sheikh Ekrema Sabri dengan alasan beliau telah mencapai tahap umur bersara.

Dialog Nasional Berakhir dengan Kejayaan

Isnin, 26/06/2006 –

Sumber-sumber Palestin menyebutkan faksi-faksi Palestin, terutama gerakan Hamas dan Fatah, telah menamatkan dialog nasional dengan mencapai kata sepakat berkenaan isu-isu utama yang diperselisihkan.

Helikopter Rejim Zionis mengganas lagi !!

Isnin, 26/06/2006 –

Helikoper bersenjata Israel melepaskan tembakan ke arah penduduk dan rumah awam Palestin pada Ahad (25/06/06) di bandar Rafah berhampiran selatan Semenanjng Gaza, menurut laporan tempatan.

Pancung Kepala Pimpinan Hamas

Isnin, 26/06/2006 –

MP Israel Avy Eitam berkata tentera Israel harus pancung kepala pimpinan Hamas jika kejadian peluru berpandu Qassam ditujukan ke arah penempatan Israel, Sderot di Negev dulangi.

Pasukan Khas Israel Mengganas : Komandan al-Aqsa Terkorban

Jumaat, 23/06/2006 –
Sumber-sumber Palestin menyebutkan, pasukan khas Zionis Israel kembali melakukan operasi pembunuhan terhadap pemimpin pejuang Palestin, Khamis (22/06).

Saban hari nyawa saudara kita di Palestin melayang !


Mangsa terbaru serangan rejim Zionis
pada Rabu, 21/06/06 di selatan Jalur Gaza.


Mohammed Roka, 5 tahun (kanan) dan kakaknya
Needa yang terbunuh dalam serangan ganas rejim Zionis
pada Selasa, 20/06/06 di Gaza.

Lanjut Tempoh Tahan Tanpa Bicara Israel Akan Dibincang

Jumaat, 23/06/2006 – Harian Hebrew Al-Haretz berkata masjlis perundangan yang berkaitan dengan Parlimen Israel akan membincangkan satu usul untuk melanjutkan tempoh tahan tanpa bicara tahanan Palestin dan melarang mereka berjumpa dengan peguam selama 30 hari tanpa dihadapkan ke mahkamah.

Menteri Wanita Palestin: Saya Berhak Lantik Penasihat

Jumaat, 23/06/2006 –
Menteri Wanita Palestin, Dr. Mariam Saleh mengesahkan beliau mempunyai hak melantik penasihat kementerian beliau dan menafikan khabar angin mengatakan beliau mahu mengurangkan kuasa dan pengaruh pegawai tinggi kerajaan.

Wawancara Eksklusif Bersama Ismael Haneyyah (Part 2)


Ini adalah bahagian kedua wawancara Infopalestina dengan PM Palestin, Ismail Haniyyah.

Anda boleh membaca bahagian pertama di sini
Part 1