Rabu , 05/07/2006 –
Kesatuan Peguam Tahanan Palestin, Faiz Al-Zarba memberitahu yang Rejim Zionis merancang untuk memindahkan kesemua Menteri Kabinet Palestin yang di tahan di Kem Hawara, selatan Nablus ke Penjara Ofer berdekatan Ramallah.

Serangan pejuang Palestine pada 25 June ke atas pos tentera Zionis berdekatan dengan sempadan Gaza-Mesir telah menyebabkan Zionis ‘terpaksa mempertahankan diri’, umum wartawan BBC News.
Selasa, 04/07/2006 –
Hamas mengesahkan hak untuk menawan askar-askar Israel di medan peperangan kerana askarnya melaksanakan serangan bersenjata ibarat ‘kehilangan maya’. Berikutan penangkapan seorang corporal rejim Zionis, Hamas menambah bahawa dakwaan Israel terhadap pemimpin politik Hamas di luar Palestin membayangkan kegagalan tindakan ketenteraan Israel dan cuba untuk mengekspot kegagalan tersebut ke luar nagara.
Selasa, 04/07/2006 –
Sebagai salah satu tindakan diplomatik PA untuk menghentikan pencerobohan askar Israel di Semenanjung Gaza yang memusnahkan banyak infrastruktur di situ, Menteri Luar PA telah memanggil mensyuarat tergempar UNSC untuk membincangkan keadaan keselamatan di semenanjung tersebut yang semakin buruk ekoran serangan Israel.
Jumaat, 30/06/2006 –
Assalamualaikum kepada semua pengunjung laman web Palestinkini. Di sini dukacita dimaklumkan bahawa laman web ini akan ‘off line’ buat sementara kerana kerja2 pemindahan server. Offline ini akan berlaku kira2 jam 3 petang ini waktu Malaysia. Di harap pengunjung dapat bersabar dan Insyallah pada hari Isnin (03/07/06), kami akan beroperasi seperti biasa. Sekian dimaklumkan.
Gunx
Jumaat, 30/06/2006 –
Di saat dunia masih belum membuka matanya, tentera Israel telah terlebih dahulu menyerbu beberapa Bandar di Tebing Barat. Mereka menculik beberapa orang menteri PA serta beberapa orang ahli majlis undangan Hamas lewat Rabu lalu dan awal pagi Khamis ini.
Jumaat, 30/06/2006 –
Hanya beberapa jam sebelum serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza pagi subuh lalu, kerajaan Rusia telah pun memberi amaran kepada tentera Israel bahawa keputusan mereka untuk menyerang Semenanjung Gaza akan membawa kesan yang merbahaya ke seluruh kawasan itu.
Jumaat, 30/06/2006 –
Tentera kerajaan Israel telah melancarkan serangan besar-besaran ke atas Semenanjung Gaza yang sememangnya mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Kereta perisai dan tentera-tentera Israel telah memulakan serbuan ke sebelah Selatan semenanjung itu berhampiran dengan Rafah pada waktu subuh Rabu lalu.
Jumaat, 30/06/2006 –
Mohammed Nazzal, ahli biro politik pergerakan Hamas mengatakan kepimpinan pergerakan itu telah berbincang secara serius mengenai ugutan Israel untuk membunuh pemimpinnya namun mereka sekali-kali tidak gentar dengan ugutan tersebut.Nazzal memberitahu Reuters Selasa lalu bahawa kerajaan Isarel seboleh-bolehnya mahu meletakkan semua masalah ke atas kepimpinan Hamas di luar negara terutamanya Khaled Mishaal, pemimpin politik tertinggi pergerakan itu.
Jumaat, 30/06/2006 –
Tentera rejim Zionis telah menahan lebih daripada 1000 orang pekerja rakyat Palestin sejak awal minggu ini di dalam kawasan garis hijau ataupun tanah yang dikuasai sejak tahun 1948 dengan alasan bahawa pekerja-pekerja ini tidak mempunyai permit pekerjaan.
Jumaat, 30/06/2006 –
Beberapa minggu lalu Israel merayakan hari kemunculannya yang ke 58. Pada 25 Mei
1948, David Ben Gorion mendirikan negara Israel di atas 78% tanah Palestin yang
bersejarah. Beberapa saat kemudian, David Ben Gorion tertanya-tanya tentang
kemampuan dan potensi pemerintah Israel masa hadapan dalam menarik perhatian warga
Yahudi yang berada di 95 negara di dunia ke negara ?Israel?. Pada ketika itu
simbol-simbol dikibarkan untuk menarik majoriti Yahudi dunia ke Israel.
Jumaat, 30/06/2006 –
PAS membantah keras kekejaman rejim Zionis Israel yang sedang secara rakus menceroboh bumi Gaza di Palestin tanpa sebarang sifat kemanusiaan serta menangkap beberapa menteri kanan dan ahli-ahli Parlimen kerajaan Hamas.
Insiden ini jelas menunjukkan kebiadapan rejim Zionis Israel yang tidak langsung menghormati undang-undang antarabangsa serta kedaulatan sebuah negara walaupun mendapat bantahan dan kecaman dari pelbagai pihak.
Jumaat, 30/06/2006 – Gerakan Islam Hamas menegaskan bahawa tujuan operasi ketenteraann Zionis-Israel adalah untuk menjatuhkan kerajaan Palestin, dan bukan untuk menyelamatkan tentera Zionis-Israel yang ditahan oleh pejuang Palestin.
Jumaat, 30/06/2006 –
Dengan melupakan perbezaan yang kadang-kala bertukar kepada keganasan, para pejuang dari pelbagai kumpulan telah bersatu di dalam menghadapi tentera Zionis.
Rabu, 28/06/2006 –
Radio Israel melaporkan 6 rakyat Israel telah cedera di penempatan Sderot akibat serangan peluru berpandu penjuang pembebasan Palestin malam tadi.