Naturei Karta ?? Apakah objek ini ? Mengapa Zionis amat membenci golongan berlabel Naturei Karta ? Tidakkah mereka sebangsa dan mengapa mereka tidak sehaluan ? Maszlee Malek kata tidak !! Mereka adalah lain !
Rabu , 19/10/2005 – Pihak penjajah Israel telah menerima 300 anjing terlatih dalam usaha menentang keganasan daripada pihak Amerika Syarikat dan berkemungkinan besar akan digunakan menentang pihak tentera Palestin di Tebing Barat, menurut laporan akhbar harian Yedioth Atnronot minggu ini.
Kelas mereka baru sahaja dirobohkan oleh rejim Zionis tapi semangat mereka tidak dapat dirobohkan. Mereka tetap kepingin untuk menuntut ilmu biarkan kelas tidak berdinding dan tidak beratap. Gambar ini di ambil di sekolah Arkam di bandar Gaza
Rabu , 19/10/2005 –Ketua biro Politik Hamas, Kholid Misy?al menganggap kenyataan Mahmud Abbas sebagai satu kenyataan negatif. Beliau memberitahu, sebelum ini, Hamas tidak akan menerima segala perjanjian atau kata sepakat yang tidak pernah direalisasikan di Palestin.
“Kali pertama saya ditangkap adalah pada tahun 1983. Algojo yang menyiksa saya telah memukul kemaluan saya menggunakan belantan getah yang telah menyebabkan saya menderita kesakitan yang teramat sangat. Kali kedua saya ditahan pula, saya telah diletakkan di dalam sebuah sel yang kecil dan amat sejuk.
Ini hanya secebis pengalaman dari bekas tahanan rakyat Palestin yang merupakan saudara kita. Mungkin kita tidak biasa mendengar bagaimana Zionis melayan tahanan Palestin. Maszlee Malik secara esklusif membawa untuk anda semua.
Rabu, 12/10/2005 –Badan Perisikan Palestin di Gaza membebaskan seorang pemuda Adham Asyawa. Asyawa juga merupakan aktivis Hamas yang ditangkap di wilayah Sudaniyah sebelah utara Gaza. Apa yang memeranjatkan, tubuh badan Asyawa penuh dengan bekas siksaan.
Mungkin telinga kita saban hari mendengar berita Masjid Aqsa ingin dirobohkan dan yang hairannya masjid tersebut masih lagi teguh berdiri. Lalu kita akan membuat konklusi bahawa Yahudi hanya mengertak sahaja atau sengaja ingin publisiti murahan seperti kebanyakan artis? Malaysia agar nama terus segar dan harum. Tapi adakah Yahudi main2 atau benar tersemat di hati mereka masjid Aqsa wajid di robohkan ??? Maszlee Malik membongkar ….
Sabtu , 01/10/2005 – Brigade Al Qassam, sayap tentera Hamas menyatakan bahawa mereka bertanggungjawab ke atas penculikan warga Zionis-Israel beberapa hari lalu dan membunuhnya di Tebing Barat.
Sabtu , 01/10/2005 – Gerakan Jihad Islami hari ini menyatakan tetap komitmen dengan masa tenang hingga akhir tahun. Namun gerakan ini menolak untuk menghentikan operasi ketenteraan terhadap Zionis-Israel di Semenanjung Jalur Gaza. Sikap ini bertepatana dengan Hamas yang menghentikan operasi ketenteraan untuk sementara waktu.
Al-Quds masih dijajah walaupun sudah berdekad diperdebatkan di pelbagai peringkat. Mereka yg buta sejarah senang sekali menyarankan agar dibahagikan sahaja peta Palestin kepada 2. Satu utk Israel dan satu untuk Palestin. Nahh!! Tiada lagi pertumpahan darah . Benarkah begitu ? Maszlee Malik menjawab …
Pimpinan Politik Hamas, Dr. Mahmud Zehar menegaskan bahawa Hamas telah bersiap sedia untuk mnyertai pilihanraya legislatif Palestin yang dijadualkan pada Januari 2006.
Rabu , 21/09/2005 – Ketua Jururunding PLO, Dr Saeb Erikat (gambar) mendedahkan pertemuan Sharon-Abbas yang dijadualkan berlangsung 2/10/2005 ini akan sampai ke peringkat terakhir berhubung isu sempadan, Jerusalem, bekalan air dan pelarian.
Nama sebenarnya Umar bin al-Khattab bin Naufal. Beliau dari suku Quraisy Bani Adi. Lahir pada tahun 583M. Rasulullah s.a.w. menggelarnya dengan nama al-Faruq yang bererti oreang yang tahu membezakan antara yang benar dan yang salah Saiyidina Umar r.a. juga terkenal sebagai ahli sastera yang hebat, syair yang bijaksana,pahlawan yang berani, orang yang adil dan mematuhi perintah Allah SWT.
Selasa, 20/09/2005 – Jabatan penyiasatan Israel dari jabatan keadilan Israel telah memutuskan untuk menutup kes pembunuhan rakyat Palestin yang melibatkan askar dan polis Israel di kawasan Palestin pada Oktober 2005.
Isnin, 19/09/2005 – Satu laporan bulanan yang dikeluarkan oleh kementerian tawanan dan pembebasan Palestin telah mengeluarkan statistik bahawa seramai 20% rakyat Palestin pernah ditangkap. Semenjak 1967, dianggarkan seramai 650,000 rakyat Palestin dipenjara.