Calon daripada HAMAS berdiri di bawah sepanduk semasa kempen pilihanraya Tebing Barat di bandar Hebron pada Isnin, 23 Januari 2006. Rakyat Palestin menampal poster, menggantung sepanduk dan mengadakan perarakan dengan membawa pembesar suara.
Rabu, 25/01/2006 –
Kumpulan Islam, Hamas dan beberapa parti Palestin lain menyelar tindakan ?pembantu? kewangan Amerika yg membantu Fatah dalam kempen pilihanraya.
Oleh : Maszlee Malik
Jika Amerika Syarikat (AS) berjaya menonjolkan Saddam Hussein sebagai penjenayah nombor satu di Timur Tengah, itu merupakan satu usaha yang amat baik. Bagaimana tidak?, sememamngnya Saddam merupakan seorang penjenayah yang kejam. Malangnya, penjenayah ini juga merupakan tali barut AS pada suatu waktu dahulu.
Selasa, 24/01/2006 –
Jurucakap Hospital Universiti Hadassah, Ein Karem, mengesahkan kesihatan Ariel Sharon masih serius dan tiada tanda akan pulih dalam masa terdekat.
Isnin, 23/01/2006 – Mahkamah Tentera Israel menangguhkan perbicaraan Syeikh Yousof, jurucakap Hamas di Tebing Baratyang sedang ditahan di Pemjara Asklan sehingga 6 Februari, keluarganya memberitahu.
Isnin, 23/01/2006 – Tentera dan polis Israel meneruskan penindasan terhadap Hamas apabila mereka bertindak memusnahkan harta benda, merampas serta menyita pejabat Hamas selama 2 minggu di timur Jerusalem.
Jumaat , 20/01/2006 – Dua parti utama di Palestin, Pergerakan Resistance Islam, Hamas, dan pergerakan liberal Palestin, Fatah, telah bersetuju tidak akan menunjukkan senjata mereka semasa hari mengundi nanti.
Jumaat , 20/01/2006 – Sheikh Tayseer Al-Tamimi ketua hakim Islam Palestin, mengutuk keras pihak berkuasa Israel yg melarang Azan di Mejid Ibrahimi di Bandar Al-Khalil tebing barat.
Los Angeles, Khamis, 19/01/2006 – Pengarah filem Palestin “Paradise Now”, Hanny Abu Assad telah memenangi oskar “best foreign filem” di pesta filem Golden Globe di Los Angeles, hari ini. Filem tersebut mengisahkan keperitan hidup rakyat Palestin dan juga perjuangan rakyat Palestin yang telah membawanya kepada aksi “pengeboman Syahid”. Hanny yang tidak menyangka bahawa filem yang merupakan filem pertama keluaran rakyat Palestin diterima untuk anugerah yang berprestij itu akan memenangi oskar tersebut.
Khamis, 19/01/2006 – Sheikh Sa?eed Siyam, ahli yg berpengaruh dalam biro politikal Hamas, tidak bersetuju tindakan Menteri PA, Nastr Yousef yang mahu mengumpul semua senjata milik sekumpulan Palestin untuk disimpan semasa pilihanraya 25 Januari nanti.
Rabu,
18/01/2006 –
Israel telah menambah kereta perisai di kawasan ketenteraannya berhampiran sempadan di utara Jalur Gaza untuk mempertahan dan memperkuatkan kawasan tersebut dari sebarang ancaman.
Oleh Maszlee Malik
25 Januari 2006 merupakan tarikh yang dinantikan oleh majoriti rakyat Palestin. Tidak kira samada mereka yang tinggal di dalam Palestin 1948 (Israel), ataupun mereka yang tinggal di Gaza dan Tebing Barat, mahupun mereka yang tinggal di kem-kem pelarian Palestin di negara-negara jiran seperti Lubnan, Jordan dan Syria.Tidak keterlaluan juga jika dikatakan, seluruh dunia juga turut ghairah menantikan tarikh tersebut. Dari Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU), malah rejim Zionis Israel juga berdebar-debar menantikan tarikh tersebut. Itulah tarikh pilihanraya legaslatif Pihak Berkuasan Palestin (PA).
Nablus, Selasa, 17/01/2006 – Pejuang-pejuang Palestin telah menyerang penempatan haram Yahudi di Yitzhar bahagian barat di Tebing Barat, media Hebrew memberitahu.
Selasa, 17/01/2006 – Pegerakan Hamas menafikan laporan di ?laman web Palestine?, yg di miliki oleh bekas menteri sivil PA, Mohammed Dahlan (gambar) yg menyatakan Ribhi Emara, ditangkap oleh pihak keselamatan PA kerana disyaki bersubahat dgn Israel.
Isnin, 16/01/2006 – Beralih dari tekanan Amerika Syarikat, Negara apertid Israel memutuskan pada ahad lepas untuk membenarkan penduduk Timur Jerusalem untuk mengambil bahagian dalam pilihanraya Palestin yang dijadualkan pada 25 Januari ini.