
Jumaat, 19/06/2009 – Rombongan misi kemanusiaan Yayasan Amal untuk Gaza, Palestin tiba di ibu negara Mesir, Kaherah pada jam 6.50 pagi tadi waktu tempatan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan Egypt Air.

Jumaat, 19/06/2009 – Rombongan misi kemanusiaan Yayasan Amal untuk Gaza, Palestin tiba di ibu negara Mesir, Kaherah pada jam 6.50 pagi tadi waktu tempatan daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan Egypt Air.

Khamis, 18/06/2009 – Ahmad Qorea’, Abu Ala’ (ketua senior Fatah), menolak ucapan perdana menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan menegaskan bahawa rakyat Palestina akan menubuhkan negara mereka serta Baaitul Maqdis timur akan dijadikan ibu negara.

Khamis, 18/06/2009 – Bekas Presiden Amerika Jimmy Carter pada hari Selasa mengusulkan agar sempadan Gaza dibuka bagi membolehkan bahan binaan asas dibawa masuk untuk pembinaan semula Gaza akibat kemusnahan perang Israel-Gaza.

Selasa, 16/06/2009 – Ra’fat Nasif, seorang anggota pimpinan HAMAS (gambar) yang sedang berada dalam penjara Zionis menegaskan jenayah pembunuhan Haytham Amru yang dilakukan oleh militia Abbas-Dayton menunjukkan Abu Mazin dan Fatah sebenarnya tidak menghiraukan mana-mana dialog dan kepentingan nasional.

Selasa, 16/06/2009 – Pejabat media Kementerian Dalam Negeri yang musnah Isnin lalu di Gaza melaporkan Bekas Presiden AS, Jimmy Carter akan mengadakan satu mesyuarat dengan pemimpin Hamas, Ismail Haniyya di Semenanjung Gaza Selasa ini.

Khamis 11/06/2009 – Pergerakan Hamas pada hari Selasa mohon kepada kerajaan baru Lubnan agar membina semula kem pelarian Nahr El-Bared dan mengiktiraf hak asasi pelarian Palestin di Lubnan.
Khamis 11/06/2009 – Seorang rakyat Palestin yang bernama Mohamed Ghosheh dipaksa oleh Israel memusnahkan rumahnya sendiri yang terletak di Souk Khan Al -Zeit, Kota Lama Baitul- Maqdis semalam.

Khamis 11/06/2009 – Ketua Biro Politik HAMAS, Khaled Meshal menegaskan HAMAS amat prihatin terhadap kepentingan Palestin. Beliau juga menegaskan sudah terdapat persetujuan dengan Mesir yang menjadi penaung untuk membentuk beberapa jawatankuasa yang akan berusaha membebaskan para tahanan. Beliau juga amat berharap agar naungan Mesir dan negara-negara Arab lain berjaya mencapai matlamat ini.

Rabu, 10/06/2009 – Ahli parlimen Hamas, Dr. Salah Al- Bardawil mengalu- alukan rombongan deligasi parlimen EU, dengan harapan ianya dapat membantu dalam membuktikan penindasan yang dilakukan Israel ke atas rakyat Palestin.

Rabu, 10/06/2009 – Keazaman Obama bagi mencapai keamanan di Timur Tengah dialu-alukan, tetapi ianya perlu melalui perbincangan terus dengan Hamas yang merupakan suara bagi mewakili penduduk Palestin. “Penting adakan rundingan dengan Hamas, Obama tidak boleh berbincang dengan rakyat yang tidak mewakili suara penduduk Palestin,” Abu Marzouq dalam kenyataannya merujuk Presiden Mahmoud Abbas dan pergerakan Fateh yang dipimpinya.

Rabu, 10/06/2009 – Akhbar Israel Maariv mendedahkan pada hari Isnin bahawa pengawai Amerika Keith Dayton menrancang untuk menambah jumlah anggota pasukan penguatkuasa Abbas untuk mengetatkan keselamatan dan mengurangkan pengaruh pejuang Palestin yang diterajui Hamas di Tebing Barat.

Rabu, 10/06/2009 – HAMAS di Tebing Barat menuntut kerajaan Abbas agar membebaskan segera salah seorang anggota pimpinan politiknya, Syeikh Taisir Imran, sambil menyifatkan tindakan penahanannya sebagai tidak berakhlak dan batu penghalang kepada usaha dialog Palestin.

Selasa, 09/06/2009 – Pihak berkuasa Israel telah menggugurkan semua tuduhan terhadap seorang aktivis terlampau Israel, selepas dia menembak dua orang rakyat Palestin di kawasan tertutup semasa satu pemindahan yang dilakukan di kawasan larangan pada Disember 2008. Tembakan tersebut telah dirakam dalam pita.
Peneroka pelampau, Ze’ev Braude, 51, adalah berasal dari Keryat Arba’, Hebron.
Wartawan Israel, Haaretz, melaporkan yang peneroka itu menyerah diri kepada polis pada minggu lalu selepas dia
mengetahui bahawa perbuatannya telah dirakam oleh seorang aktivis Pusat Informasi Israel untuk Hak-hak Asasi Manusia di Wilayah B’Tselem.
sumber : http://www.imemc.org
penterjemah : nurul

oleh
Prof Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin
Perunding Aman Palestin
Gerakan Zionis
Gerakan Zionis adalah satu gerakan yang telah ditubuhkan di Eropah bagi memperjuangkan cita-cita dan nasib bangsa Yahudi yang berhadapan dengan pelbagai masalah di merata tempat dan negara terutamanya di Eropah. Gerakan ini adalah gerakan politik rasis yang menggunakan alasan agama dan semangat bangsa Yahudi yang menyeru untuk membina sebuah negara yang dikhususkan untuk orang Yahudi sahaja iaitu di Palestin. Kewujudan dan kemunculan gerakan ini sebenarnya telah disemarakkan lagi dengan permasalahan ideologi kebangsaan, kebangkitan golongan Protestan dan idea negara bangsa di Eropah terutamanya pada abad ke 19.
Tidak jauh perbezaan di antara kelompok penganut fahaman zionisma walaupun ada di kalangan mereka adalah dari golongan sekular, sosialis, athies mahupun golongan yang kuat beragama kerana hampir keseluruhan mereka memperjuangkan fahaman zionisma yang bertujuan untuk menguasai keseluruhan negara Palestin dan membina wilayah yang dikenali sebagai ‘Israel Raya’ di Asia Barat. Faktor kejayaan projek Zionis ini adalah bergantung kepada penindasan dan penjajahan yang mereka lakukan kepada rakyat Palestin yang tidak berdosa.
Pencetus penubuhan negara Yahudi
Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan salah seorang pengasas gerakan Zionis di dalam gagasannya yang telah dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Yahudi) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Yahudi Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan negara Yahudi di Palestin.
Sabtu, 07/06/2009 – Bot pembedil Israel telah menembak bot-bot nelayan Palestin di perairan Rafah, selatan Semenanjung Gaza, pada hari Sabtu , sumber-sumber tempatan melaporkan.
Mereka menambah bahawa Iyad Abdul Nabi cedera ringan dalam serangan tersebut.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : gunx