Mujahidin Berjaya Menyerang Tentera Israel


Selasa, 29/3/2005 –Sumber Israel menyatakan bahawa seorang daripada tentera mereka dilaporkan cedera selepas berbalas tembakan dengan para mujahidin di Bandar Jenin. Tentera Zionis-Israel yang terlibat dipindahkan ke salah satu hospital yang ada di penempatan Yahudi Avolah untuk mendapatkan rawatan.

Pemimpin HAMAS bertemu pemimpin Ikhwan al-Muslimin di Kaherah


Menurut sumber daripada Kaherah, 23/5/ 2005 ? Para pemimpin HAMAS yang telah bertemu dengan pimpinan gerakan al-Ikhwan al-Muslimin di sini usai pertemuan mereka dengan pihak-pihak perjuangan Palestin di atas tajaan kerajaan Mesir. Laporan tersebut disahkan oleh orang nombor dua di dalam Maktab Irsyad gerakan ikhwan, Muhammad Habeeb kepada wakil palestine-info hari ini.

Penembakan Dan Penangkapan Masih Berlaku


Khamis, 24/3/2005 –Zionis kembali menggila dengan melepaskan tembakan ke arah perumahan penduduk di daerah Berj Za?rab, bandar Refah sebelah selatan Semenanjung Gaza. Sumber menjelaskan, rumah-rumah penduduk di daerah Berj Za?rab suatu kawasan yang berhadapan dengan sempadan Mesir, tentera Zionis dengan sengaja melepaskan tembakan ke arah rumah-rumah penduduk, mengakibatkan kerosakana pada bahagian-bahagian rumah.

50 Ribu Orang Hadir Hari Peringatan Syuhada?

Nablus, Khamis, 24/3/2005 –Lebih dari 50 ribu orang hadir pada hari peringatan syuhada? yang diselaraskan oleh HAMAS di Nablus. Agenda itu sekaligus memperingati setahun syahidnya pemimpin spiritual HAMAS, Syaikh Ahmad Yasin yang syahid ditembak Zionis Israel pada 22 Mac 2004 setelah selesai menunaikan solat subuh di Gaza.

Pengalamanku bersama Syeikh Ahmad Yassin di dalam penjara

Oleh : Saamir Khuwairah (wartawan www.islam-online.net) yang telah menemuramah Ir. Farid Ziadah yang pernah mendiami sel penjara bersama as-syahid Syeikh Ahmad Yassin.

Hamas Tidak Akan Letak Senjata

Selasa, 22/3/2005 – Ketua Biro Politik Hamas, Khalid Mishal menegaskan bahawa gerakannya tidak akan meninggalkan pilihan berjuang menentang Zionis-Israel dan tidak akan meletakkan senjata. Ini kerana, senjata digunakan untuk melindungi rakyat Palestin dan Hamas siap sedia untuk menjadi parti politik.

HAMAS seru dunia menganjurkan minggu memperingati syuhada

Gaza, Isnin, 21/3/2005 – Gerakan HAMAS menyeru semua pertubuhan Islam di seluruh dunia untuk bersama-sama menunjukkan solidariti mereka terhadap perjuangan Palestin dengan menganjurkan “Minggu Memperingati Syuhada” yang akan berlangsung pada 22/3 sehingga 29/3.

Bapaku Syeikh Ahmad Yassin yang ku kenali…

Diolah dari sessi dialog terbuka dengan salah seorang anak perempuannya, Ummu Hummam di www. Islam-online.net.

Yahudi rancang ambil alih Makam Nabi

Jumaat, 18/3/2005 – Golongan ekstremis Yahudi merancang untuk mengambil alih tapak suci Makam Nabi di Baitulmaqdis sebagai satu usaha untuk mensabotaj pelan pengunduran tentera Israel dari Gaza.

Kami Akan Terus Perangi Hamas

Khamis, 17/3/2005 –Ketika dialog antara kumpulan-kumpulan Palestin di Kaherah berjalan dengan baik, Menteri Luar Zionis-Israel, Silvan Shalom menegaskan, kerajaan Zionis-Israel akan terus mengejar dan memerangi gerakan Hamas dengan segala kelengkapan yang ada.

Superman Palestin ?

Anda begitu arif dengan karektor gagah Superman ciptaan barat sehinggakan kita berangan ingin terbang dan sekuat Superman. Tahukah anda di Palestin, sudah lama wujud Superman ini tetapi tidak datang dengan tubuh gagah perkasa malah hanya berkerusi roda. Maszlee Malek membongkarkan identiti Superman ini.

Keluarga Rachel Corrie Saman Syarikat Caterpillar Inc.

Rabu, 16/3/2005 – Keluarga mendiang aktivis rakyat Amerika, Rachel Corrie yang mati akibat dilanyak jentolak Caterpillar kerana mempertahankan rumah rakyat Palestin bertindak menyaman syarikat
tersebut.

Rejim Zionis Setuju Berundur


Selasa, 15/3/2005 – Israel telah bersetuju untuk mengundurkan tenteranya daripada Tebing Barat terutama wilayah Jericho dan Tulkarim.

Israel Langgar Kesepakatan Sharm El-Syaikh


Selasa, 15/3/2005 – Beberapa jawatankuasa di Palestin menilai bahawa pelanggaran dan penangkapan masih dilakukan pihak Zionis-Israel, seperti penangkapan salah seorang penduduk, Muhammd Abdul Latif Husen Abu Kholil di Tebing Barat, menjadi bukti bahawa Israel tidak bersungguh-sungguh dalam perdamaian serta tidak melaksanakan hasil perundingan.

Fatah dan Hamas bertembung

Isnin, 14/3/2005 – Para penyokong HAMAS dan
pergerakan FATAH bertembung di Universiti Hebron setelah berlaku ketegangan dalan pilihanraya pelajar.