Israel Salur USD300 juta Perkuatkan Pasukan Abbas.


Rabu , 18/10/06 –
Akhbar Israel “Maarev” (Isnin 16/10) menyiarkan berita, pasukan keselamatan presiden Mahmud Abbas akan mendapat bantuan dana sangat besar dari kerajaan Israel, dengan persetujuan Amerika. Sebahagianya akan disalurkan mulai sekarang.

Amerika Sumbang Dana kepada parti selain Hamas


Rabu , 18/10/06 –
Sejajar dengan polisi Amerika untuk melumpuhkan Hamas, negara tersebut sekarang menyumbang dana pula kepada kumpulan-kumpulan politik alternatif. Amerika Syarikat bercadang untuk membelanjakan $42 juta bagi membekalkan sokongan operasi dan strategi kepada ahli dan parti politik anti-Hamas dalam persediaan untuk membuat kembali pilihan raya perundangan, menurut para pegawai yang terlibat dalam inisiatif tersebut.

Qatar: Arab, Pihak Antarabangsa menghalang pembentukan kerajaan Palestin


Rabu , 18/10/06 –Menteri Luar Qatar Sheikh Hamad Bin Jassem Al-Thani mengesahkan bahawa pihak Arab dan pihak antarabangsa telah menghalang pembentukan kerajaan Persekutuan Kebangsaan Palestin.

Mishaal bincang dengan Ketua Perisikan Mesir tentang negara bersekutu Palestin


Selasa , 17/10/06 –Khaled Mishaal, pemimpin tertinggi Pergerakan Hamas, pada Sabtu berbincang dengan Ketua Perisikan Mesir, Omar Suleiman, mengenai pembentukan kerajaan bersekutu Palestin dan langkah-langkah bagi merapatkan perbezaan antaara Fatah dan Hamas.

Haneyya: Kami tidak akan khianati kehendak rakyat


Isnin , 16/10/06 –
Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya mengecam tindakan sebahagian parti politik dan bukan politik di Palestin yang bertindak merancang konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan pimpinannya yang dipilih secara demokrasi pada pilihanraya Januari lalu. Beliau mengatakan bahawa parti-parti itu menggunakan pelbagai cara dan cubaan untuk memaksa kerajaan Hamas mengiktiraf Israel.

Malulah kita hanya memandang sahaja !!

Jenazah Iman Harazeen, 8 tahun di bawa ke bandar
Gaza pada 13/10/2006, Jumaat utk dikebumikan.
Iman dan ayahnya syahid dalam serangan rejim Zionis
di bandar Gaza pada petang Khamis lalu.

Satu lagi mangsa serangan rejim Zionis pada Khamis lalu di pinggiran Shujaia , bandar Gaza yang mengorbankan ramai kanak2.

Hamas: Konspirasi ke atas persoalan Palestin sekarang lebih jelas


Isnin , 16/10/06 –
Pergerakan Hamas telah mengesahkan bahawa peningkatan tentera Israel di Semenanjung Gaza merupakan satu komponen penting dalam rancangan berunsur hasad dengki yang bertujuan untuk menggulingkan kerajaan PA sekarang yang diketuai oleh Hamas.

Tentera rejim Zionist kini mula meluaskan base ketenteraan di atas tanah petani


Isnin , 16/10/06 –Angkatan tentera rejim Zionist mula memperluas base ketenteraan mereka hari ini, di Bandar Hebron, di bahagian selatan Tebing barat dengan mengorbankan tanah-tanah petani.
Menurut penduduk tempatan, tentera-tentera tersebut mengguna jentera penolak untuk meluaskan base ketenteraan yang diberi nama Barokh, yang di kawal rapi oleh penembak-penembak daripada penempatan haram berdekatan di Keryat Arba dan Kharsinah.

Israel terus mengganas apabila dunia tutup mulut


Jumaat , 13/10/06 –
Dua pertubuhan hak asasi manusia di palestin Rabu lalu mengecam tindakan Israel menyerang kediaman ahli parlimen Mariam Farahat di bandar Gaza. Mereka turut menyelar kesenyapan dunia yang seolah-olah membuka jalan yang luas kepada rejim Israel untuk meneruskan jenayah mereka ke atas rakyat Palestin.

Pejuang Palestin membedil jeep rejim Zionis


Jumaat , 13/10/06 –
Pejuang Palestin pada Khamis menahan patrol tentera IOF yang mencuba untuk memasuki Nablus di utara Tebing Barat dan memusnahkan jeep rejim Zionis dalam proses itu. Jurucakap rejim Zionis mengesahkan serangan tersebut, dan menerangkan bahawa ia berlaku apabila tentera rejim Zionis mula bergerak memasuki ke Bandar Lama Nablus.

Hamas: Abbas Perlu Letak Jawatan


Jumaat , 13/10/06 –Perwakilan Gerakan Pejuang Islam (Hamas) di Lebanon Usamah Hamdan mengajak Presiden Autoriti Palestin, Mahmud Abbas dan penasihatnya untuk meletakkan
jawatan. Hamdan menuduh Abbas dan para penasihatnya itu dengan sengaja berusaha< menggagalkan pembentukan kerajaan campuran nasional Palestin.

Anggota Knesset Pastikan Bangunan Sinagog Dibangunkan di Al-Aqsa


Khamis , 12/10/06 –
Angota Dewan Kneseet Israel dan ketua parti Persatuan Nasional ultra kanan Urey Areil mengumumkan, pembangunan perdana sinagog Yahudi di kawasan Masjid Al-Aqsa telah dimulakan. Sebelumnya Areil telah memasuki kawasan al-Aqsa dan mengumukan bahawa salah satu hak bangsa Yahudi adalah memasuki kawasan Haikal dan melakukan ibadah di dalamnya seperti kaum muslimin.

Hamas seru rakyat Palestin bersedia menghadapi pencerobohan Israel


Khamis , 12/10/06 –Gerakan Hamas menyeru rakyat Palestin agar bersedia untuk berkonfrontasi dengan musuh Zionis yang sedang dalam usaha untuk menceroboh Semenanjung Gaza, membunuh nyawa rakyat Palestin setiap hari dan memusnahkan harta benda mereka.

Tentera tembak roket ke arah kereta di Gaza, seorang penduduk cedera


Khamis , 12/10/06 –Pada petang Selasa, seorang penduduk Palestin tercedera setelah sebuah jet pejuang rejim Zionis menembak sekurang-kurangnya satu misil ke arah sebuah kereta di kawasan Juhr Ed Deen, di kawasan tengah Semenanjung Gaza.

Penyokong Abbas Bersiap Merampas Parlimen


Rabu , 11/10/06 –
Sumber-sumber Palestin menyatakan, orang-orang rapat Abbas sedang bersiap sedia untuk melakukan kudeta* di parlimen, dengan melakukan kajian terhadap undang-undang negara yang boleh membubarkan parlimen dan melakukan langkah-langkah perubahan
terhadap sistem pilihanraya umum Palestin untuk menghalang Hamas dari terus mencapai kemenangan majoriti dalam pilihanraya umum akan
datang.