Isnin, 11/4/2005 – Pada Ahad lepas (10/3/2005), seramai 31 orang Yahudi berhaluan kanan telah ditangkap kerana merancang utk berdemonstasi di Baitul Muqaddis. Turut ditangkap adalah seorang anggota HAMAS. Walaubagaimanapun , demonstrasi tersebut berjaya dikawal.
Dr Azzam Tamimi adalah antara ahli panel yang membentangkan kertas kerja semasa Forum Keamanan Palestin bertempat di Putrajaya pada 28/3/2005 hingga 30/3/2005 yang lalu. Klik di sini untuk pindah turun penggulungan dari pembentangan beliau.

Jumaat, 8/4/2005 –Ribuan rakyat Palestin berbondong-bondong ke Al Quds dengan menaiki puluhan bas dari setiap penjuru Palestin, untuk menentang kelompok ekstrim Yahudi yang akan menyerbu masjid Al Aqsa.
Khamis, 7/4/2005 – 4 rakyat Palestin cedera parah akibat tembakan mesin gan oleh rejim Zionis sewaktu mereka mempertahankan tanah mereka di Deir Ballot berhampiran Tebing Barat.
Khamis, 7/4/2005 – Lantaran daripada amaran pihak pelampau Yahudi yang ingin menyerang Baitul Muqaddis, pihak Israel telah mengarahkan kawasan tersebut ditutup.
Rabu, 6/4/2005 – Presiden US, George Bush memberi amaran kepada Israel bahawa tidak ada lagi unsur peluasan untuk penempatan baru di bawah pelan damai tajaan US untuk perdamaian Timur Tengah.

Rabu, 6/4/2005 –Menteri Kesihatan Palestin Dr. Dzihni Al-Wahidi merayu kepada masyarakat antarabangsa untuk memberikan perlindungan kepada kanak-kanak Palestin.
Baru-baru ini berlangsung satu persidangan bersejarah di Putrajaya, Malaysia (28/3/2005 hingga 30/3/2005) yang mana isu Palestin sekali lagi di bawa ke gelanggang. Warga kerja Palestinkini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kerana Malaysia berani ke hadapan membawa isu yang teramat penting bagi umat Islam kini. Wartawan Palestinkini, Maszlee Malek sempat ke sana. Ikuti analisa beliau …
“Semua orang akan mati, mengapa takut dengan kematian. Jika saya diberikan pilihan samada untuk mati dibedil oleh helikopter Apache (milik tentera Zionis) ataupun akibat serangan jantung, saya memilih (untuk dibedil) oleh Apache”. Siapakah manusia yg begitu berani memperlekehkan kecanggihan helikopter Apache ini ?

Jumaat, 1/4/2005 – Syaikh Sa?id Shiyam, anggota Biro Politik Hamas menegaskan, Zionis-Israel merupakan pemusnah etnik masyarakat. Oleh itu gerakan Intifadah dan penentangan dari Hamas secara konsisten yang menjadikan Zionis-Israel berfikir untuk manarik diri dari Semenanjung Gaza
Hebron, Khamis, 31/3/2005 – Di anggarkan seramai 20,000 penyokong HAMAS berkumpul semalam sempena setahun kematian pemimpin mereka, Shaikh Ahmad Yassin.
Khamis, 31/3/2005 – Akhbar Harian Israel Ma?arev, menyatakan bahawa gerakan Fatah Palestin kini sedang menyusun satu program politik baru yang lebih sekuler digunakan untuk menghadapi populariti HAMAS.
Rabu, 30/3/2005 – Jihad Islami telah menghadiri mesyuarat PLO buat kali pertama yang merupakan sebahagian daripada usaha Presiden Mahmoud Abbas utk memujuk gerakan pemberontak bagi bersama PLO.
Gaza,Selasa, 29/3/2005 – Laman harian Yahudi ‘Yediot Ahronot’ menuduh pada Isnin (28/3/2005) lalu bahawa laman enjin carian popular, Google menerima wang daripada Hamas dan menawarkan perkhidmatan istimewa atas bayaran tersebut.

“Teruk aa orang Palestin nih, berdamai je la dengan Israel ni, habis cerita “
“Apa pulak masalah kita ? ni masalah rakyat Palestin !”
“Ishh…tak habis2 depa ni berbunuh2an, bila nak tamat cerita Palestin-Israel ni?”
“Apa penting sangat Palestin ni ? Kita kat sini dapat cukup makan pakai dah laa “
…antara skrip biasa rakyat Malaysia bila di tanya isu Palestin. Maszlee Malek memberikan dalil kenapa umat Islam sedunia perlu membuka mata dan menggerakkan minda dan tenaga untuk membebaskan bumi Palestin dari rejim Zionis