
Selasa, 24/04/07 –
Pihak berkuasa Israel melarang Syeikh Ikrima Sabri, mufti besar Baitulmuqaddis,Ketua Suruhanjaya Islam, daripada melawat Jordan. Sabri telah tiba di sempadan antara Jordan dan Tebing Barat, dan menahan beliau.

Selasa, 24/04/07 –
Pergerakan Jihad Islam mengecam Isnin lalu apa yang digambarkan sebagai “terburu-buru” berikutan langkah negara-negara Arab dan Islam ke arah memulihkan hubungan dengan Israel dan menyatakan bahawa langkah seumpama itu merosakkan penduduk Palestin serta keadilan untuk mereka.

Selasa, 24/04/07 –
Briged Qassam, sayap bersenjata Pergerakan Hamas, pada hari Ahad (22/4/07) berkata bahawa Rejim Zionis harus menanggung akibat jenayah-jenayahnya sejak beberapa hari yang lalu.

Isnin, 23/04/07 –Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert berkata bahawa ada had bagi permintaan yang mana Tel Aviv boleh menunaikannya untuk ditukar dengan tentera Israel yang diculik, Jilad Shalit.

Isnin, 23/04/07 –Jurucakap Kementerian Luar berkata ia memutuskan untuk membenarkan delegasi dari parlimen Israel untuk masuk ke Indonesia bagi menghadiri Sidang Parlimen Antarabangsa yang akan berlangsung pada bulan ini.

Isnin, 23/04/07 –Israel menolak tawaran yang dikemukakan oleh Presiden Pakistan, Pervez Musharraf untuk menjadi perantara bagi usaha damai dengan rakyat Palestin.

Isnin, 23/04/07 –
Rejim Zionis telah menembak dan mencederakan segelintir penduduk Palestin pagi Ahad semalam, Kareem Salem Zahran, 15, dan meninggalkannya mangsa dalam keadaan berdarah, sumber-sumber Palestin mengesahkan.Mengikut sumber dan saksi-saksi mengesahkan sejumlah besar kenderaan askar Rejim Zionis bersama-sama sebilangan askar Rejim Zionis meluru masuk ke kampung Tebing Barat Dier Abu Mishaal,di barat bandaraya Ramallah, pada pagi Ahad, dengan melepaskan tembakan senapang secara rambang kepada sebahagian penduduk Palestin.

Isnin, 23/04/07 –
Dalam tempoh 24 jam terkahir, lapan penduduk awam Palestin terkorban syahid akibat kekejaman Israel. Seorang daripadanya adalah seorang gadis yang berumur lebih kurang 17 tahun. serangan Israel ini dilakukan pada masa mereka mengepung Tebing Barat dan wilayah sekitarnya.

Jumaat, 20/04/07 –
Sumber perubatan Palestin mengesahkan bahawa kanak-kanak Palestin, Haitham Ali Abu Mefreh, 14 tahun berada dalam keadaan kritikal dan koma selepas ditembak oleh askar Israel di kepala. Kejadian berlaku di Kampung Takoo, timur bandar Bethlemen, Rabu lalu.

Jumaat, 20/04/07 –
Mahkamah Agung Israel di Al-Quds kelmarin Rabu (18/04) membebaskan seorang
tentera Israel dari pasukan penjaga sempadan yang telah membunuh seorang pemuda
Palestin, Samer Ribhi dari baldah Ayusiwiyah dekat Al-Quds.

Khamis, 19/04/07 –
Presiden Abbas meneruskan lawatannya ke Eropah, menjurus kepada cara supaya bantuan antarabangsa dapat disambung semula kepada rakyat Palestin. Abbas menegaskan selepas pertemuannya dengan Presiden Perancis, Jack Shirac di Paris semalam bahawa sekatan tersebut perlu ditarik balik. Beliau memberi amaran bahawa “keganasan akan memuncak dan kami mungkin tidak boleh mengawal keadaan tersebutâ€.

Khamis, 19/04/07 –
Menteri Luar Amerika, Condoleezza Rice telah bertemu Menteri Kewangan Palestin, Salam Fayyadh dalam pertemuan yang dianggap oleh Amerika Syarikat sebagai petunjuk bagi tolak ansurnya dalm berurusan dnegan kerajaan Palestin.

Khamis, 19/04/07 –
Agensi Perisikan Umum Israel (Syabak) berkata Iran telah menggandakan usahanya sejak tiga tahun kebelakangan ini untuk mendapatkan maklumat perisikan mengenai Israel dalam bidang keselamatan, ekonomi dan masayarakat.

Khamis, 19/04/07 –
Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert hari ini berkata bahawa negaranya tidak berhasrat untuk menyerang Syria pada musim panas akan datang. Demikian menurut kenyataan yang dipetik oleh radio tentera Israel.

Khamis, 19/04/07 –
Dr. Mustafa Al-Barghouthi, Menteri Penerangan Palestin menuduh rejim Zionis telah mengeksploitasi perjumpaan mereka dengan pegawai PA untuk menutup jenayah yang dilakukan oleh kumpulan rejim Zionis ke atas rakyat Palestin.