Rabu , 11/05/2005 –Setiausaha agung Gerakan Islam di Palestin, Kamal Al Khatib mengingatkan bahawa masjid Al Aqsa sedang menghampiri fasa paling bahaya dalam sejarah apabila Zionis-Yahudi sedang giat menyiapkan rancangan penghancuran masjid Al Aqsa.
Selasa, 10/05/2005 – Al-jazeera melaporkan kata? Silvan Shalom, Menteri Luar Negeri Israel akan menimbangkan pengunduran tentera di Gaza jika di dapati HAMAS memenangi pilihanraya Palestin akan datang.
Isnin , 09/05/2005 –Keputusan awal pilihanraya tempatan (baca :PT) di kawasan Tebing Barat dan Jalur Gaza menunjukkan Fatah memperolehi kemenangan di kawasan kampung Tebing Barat dengan memenangi 50 daripada 84 kawasan yang ditandingi.
Jumaat , 06/05/2005 –Pegerakan Fatah pimpinan Mahmoud Abbas telah memenangi pilihanraya tempatan dengan mendapat margin yang besar.
Jumaat , 06/05/2005 –Tahanan Palestin syahid di dalam penjara semalam kerana polisi rejim Zionis yang mana tiada bantuan perubatan dikenakan kepada yang tidak ada harapan.
Ini bukan cerita terbaru Hollywood ! Tetapi apakah tindakan anda jika melihat seorang pemuda berpakaian hitam, bertopi , berjanggut lengkap dengan fesyen rambut aneh bergulung? di bahagian ‘side-burn’. Perkataan pertama di mulut anda pastinya “Jahanam Yahudi !!” sambil mencari objek keras utk dibaling ke arahnya. Nanti dulu !! Sebelum anda membaling, baca dahulu tulisan saudara Maszlee Malek …
Persoalan yang memerlukan satu analisis untuk mendapat jawapan yang memuaskan. Mereka sedikit tetapi seolah? seperti gergasi yang kuat dan tidak dapat ditumbangkan sehinggakan kuasa besar dunia seperti AS boleh menikus apabila disebut Zionis. Kenapa dan kenapa ? Maszlee Malek cuba merungkaikan persoalan …
Rabu , 04/05/2005 –PM Turki, Recep Tayyip Erdogan kelmarin melakukan pertemuaan dengan Presiden Palestin Mahmud `Abu Mazen’ Abbas di Ramallah. Pertemuan itu dilakukan setelah mengunjungi Zionis-Israel.
Selasa , 03/05/2005 –Pegawai rasmi Israel semalam mengumumkan akan mengadakan kerjasama dengan kerajaan Turki melalui PM Turki, Receb Erdogan yang baru2 ini telah melakukan lawatan ke Tel Aviv. Israel di laporkan akan menaik taraf 30 jet pejuang f-4 dengan kos setengah juta dollar, menurut laporan akhbar Yahudi, Ha’aretz.
Ramallah , Selasa , 03/05/2005 – Sumber-sumber tempatan yang diperolehi dari kejadian tunjuk perasaan di kampung Balin barat Ramallah bagi menentang pembangunan tembok Zionis-Israel menyatakan bahawa pasukan zionis-Israel menggunakan senjata baru untuk melumpuhkan para aktivitis yang hadir untuk berdemonstrasi. Pihak Zionis-Israel menggunakan pistol kecil dengan peluru bulat kecil dan gas yang menyebabkan system saraf lumpuh.
Jumaat , 29/4/2005 –Mufti Jerusalem, Dr Ekrema Sabri mengesahkan PM Israel , Ariel Sharon mendalangi kempen utk membolehkan Masjid Aqsa menjadi tempat ibadat Yahudi.
Jumaat , 29/4/2005 – Pertubuhan Aqsa semalam telah membongkar persidangan Zionis berlangsung semalam bagi membincangkan rancangan membina Kuil di tapak Masjid Aqsa yang suci.
Rabu , 27/4/2005 –10 ribu orang fanatik Yahudi membanjiri kawasan Masjid Aqsa semalam kerana menghadiri pesta Jewish Passover (sempena peristiwa kaum Yahudi melintasi laut merah) selepas gagalnya serangan terhadap Masjid Aqsa pada 10 April lalu.
Rabu , 27/4/2005 –Ketua Biro Politik Hamas, Khalid Mishal menegaskan bahawa Hamas tetap berpegang teguh dengan pilihan perjuangan penentangan meskipun Zionis-Israel telah keluar dari Semenanjung Gaza dan sebahagian Tebing Barat.
Rabu , 27/4/2005 –Tentera Israel menahan 16 orang warga Palestin di Qalqiliyah, Tebing Barat selepas melancarkan operasi pencerobohan di sana. Tentera rejim turut mengepung beberapa kediaman warga Palestin awal pagi ini.