
Rabu , 25/11/2009 – Tentera dan pegawai perisikan Israel menyerbu dan menggeledah rumah-rumah orang awam Palestin yang bersekutu dengan Hamas Isnin lalu di bandar Yabad, barat dari Jenin.

Rabu , 25/11/2009 – Tentera dan pegawai perisikan Israel menyerbu dan menggeledah rumah-rumah orang awam Palestin yang bersekutu dengan Hamas Isnin lalu di bandar Yabad, barat dari Jenin.

Rabu , 25/11/2009 –Hatem Aldelqader, Menteri Perhubungan Jerusalem di bawah pihak berkuasa Palestin (PA) yang telah meletakkan jawatan menghentam PA yang diketuai oleh Mahmoud Abbas, dengan mendakwa bahawa pergerakan itu gagal memenuhi objektif negara dan menjadi beban kepada Palestin.

Selasa , 24/11/2009 – Tujuh rakyat Palestin cedera dan beberapa buah rumah musnah akibat serangan udara terbaru oleh pihak Israel ke atas beberapa kawasan di Semenanjung Gaza.

Isnin,23/11/2009 – Ahad lalu, Osama Hamdan yang bertanggungjawab menguruskan hubungan luar negeri dalam Gerakan Hamas mengatakan bahawa Gerakan itu masih lagi mempunyai kepentingan untuk mencapai kesepakatan dalam pertukaran tawanan dengan pihak penjajah Zionis jika mereka memenuhi semua tuntutan kemanusiaan menentang Palestin.

Isnin,23/11/2009 – Gerakan Hamas berkata bahawa penyeksaan dan penganiayaan terhadap tahanan di penjara-penjara Mahmoud Abbas telah meningkat dalam dua minggu lalu. Menambah lagi, terdapat ramai daripada kader dan penyokong yang telah menderita dengan tahap kesihatan yang serius di penjara ini.

Isnin,23/11/2009 – Urusetia am bagi Liga Arab telah menyeru supaya penjara-penjara Israel dibuka untuk pemeriksaan dan pemantauan antarabangsa bagi menamatkan pencabulan hak tahanan Palestin dan Arab.

Isnin,23/11/2009 – Dr Salah al-Bardawil, jurucakap blok parlimen Hamas mengatakan bahawa perkembangan terbaru serangan Israel di Genting Gaza adalah usaha untuk mendapatkan reaksi antarabangsa berikutan laporan Goldstone.

Isnin,23/11/2009 – Tentera Rejim ZionisĀ menyerbu bandar Khuza’a timur Khan Younis dan meratakan tanah pada hari Rabu. Rejim Zionis menyerbu dengan kereta kebal dan diiringi jentolak berat untuk memusnahkan tanaman dan meratakan tanah.

Isnin,23/11/2009 –Perisikan Israel telah menyeru pesakit-pesakit di Gaza yang ingin menerima rawatan di Tebing Barat atau Hospital Israel dan cuba mengertak pesakit untuk berkhidmat dengan mereka, menurut pendedahan pegawai keselamatan di Semenanjung Gaza.

Jumaat,20/11/2009 – Kerajaan Palestin pimpinan Ismail Haneyya menyambut naik kemungkinan resolusi Majlis Keselamatan PBB mengiktiraf negara Palestin bebas daripada penempatan Israel dengan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara seperti sempadan pada tarikh 4 Jun 1967.

Jumaat,20/11/2009 –Jurucakap sayap parlimen Hamas iaitu Dr. Salah Al-Bardawil menegaskan bahawa Majlis Perundangan Palestin (PLC) akan terus menjalankan tugas-tugas parlimen seperti biasa sehingga pemilihan ahli majlis yang baru dilakukan.

Khamis,19/11/2009 – Israel menolak sekeras-kerasnya permintaan AS untuk menghentikan pembangunan di Gilo yang dibina di atas tanah milik Palestin di bahagian selatan Baitulmuqaddis, serta menambah bahawa tidak ada perbezaan antara membangunkan id di situ atau di Tel Aviv.

Khamis,19/11/2009 – Pejabat urusan penyelarasan kemanusiaan PBB (OCHA) memberi amaran ratusan warga Palestin di Baitulmuqaddis yang ditawan semakin diancam dengan perpindahan berikutan niat Israel untuk menghancurkan rumah-rumah mereka dengan alasan tiada kebenaran membuat pembinaan.

Khamis,19/11/2009 – Hamas melancarkan kempen ziarah rumah ke rumah pada hari Selasa dengan member manisan sebagai tanda kasih dan penghargaan di atas pendirian teguh dan pengorbanan yang dilakukan oleh rakyat walaupun sedang disekat dan diserang oleh pihak Zionis.

Khamis,19/11/2009 – Dr. Ahmad Bahar, timbalan speaker bagi Dewan Perundangan Palestin (PLC) menyatakan Selasa lalu bahawa PLC ialah satu badan yang sah berdasarkan undang-undang asas Palestin yang dirombak, sambil bertegas bahawa PLC sekarang akan terus menjalankan tugas sehingga PLC baru dipilih dan ahli-ahlinya mengangkat sumpah, berdasarkan Undang-undang asas Palestin.