Israel Keluarkan Notis Roboh 150 Rumah Palestin di Al-Quds


Khamis, 05/04/07 –
Sumber tempatan di Al-Quds menyebutkan, pemerintah penjajah Israel telah
memberikan surat peringatan kepada 150 keluarga Palestin yang mengandungi perintah
mengosongkan rumah mereka di kampung Salam di kota Al-Quds dalam tempoh 2 minggu.

Hamas mencapai kemenangan ke atas Fateh dalam pilihanraya Universiti Bir Zeit


Khamis, 05/04/07 –

Parti Hamas di Universiti Bir Zeit, dekat Ramallah di utara Tebing Barat, mencapai satu kemenangan ke atas Fatah dalam pilihanraya pelajar pada Rabu semalam. Hamas memenangi 22 kerusi sementara Fatah memenangi 21 kerusi, tahun lalu Hamas memenangi 23 kerusi dan Fatah 18 kerusi.

Syeikh Raed Salah : Israel Bersungguh-sungguh Untuk Merobohkan Masjid Aqsa !


Rabu, 04/04/07 –

Syeikh Raed Salah, pemimpin pergerakan Islam dalam tahun 1948 telah memberi amaran bahawa pemerintah Israel bekerja siang dan malam untuk merobohkan masjid Aqsa dan membina kuil di atasnya.Syeikh Salah yang berkali-kali disaman oleh polis Israel dan yang terkini Ahad lepas telah disoal peranannya dalam menghimpunkan pendapat umum orang Arab dan Islam berkenaan penggalian di masjid Aqsa.

Menteri Pertahanan Israel Beri Lampu Hijau Operasi Pembunuhan di Gaza.


Rabu, 04/04/07 –
Menteri Pertahanan Israel, Amir Peretz telah memberi lampu hijau kepada para komandan pasukan Israel untuk melakukan rangkaian pembunuhan terhadap para pemimpin dan pejuang Palestin di Semenanjung Gaza. Tanpa mengambil kira sebarang gencatan
senjata yang telah disepakati dengan pihak Palestin.

Abbas Ingin Bertemu Dengan PM Israel.


Rabu, 04/04/07 –

Di dalam pertemuan pada selasa lepas di Ramallah dengan ahli perwakilan Amerika, Nancu Pelois, presiden Mahmoud Abbas bersedia untuk bertemu dengan perdana Menteri Negara haram Israel, Ehud Olmert dua minggu sekali bagi berbincang mengenai keamananan.

Eksklusif ! PM Jordan Bertemu Secara Rahsia Dengan Ismail Haniyya.


Rabu, 04/04/07 –

Sumber Jordan menyatakan Perdana Menteri Jordan, Marouf Al-Bakheit telah menemui PM Palestin, Ismail Haneyya di lapangan terbang Marka , Jordan, Selasa lepas (3/4/07). Menurutnya, Bakheit telah ditemani oleh sebilangan ahli-ahli kabinetnya dan pegawai-pegawai lapangan terbang sepanjang pertemuan.

Kabinet Palestin Mengesa EU Berbincang Bersama Dengan Menteri-menteri Palestin.


Selasa, 03/04/07 –

Mesyuarat kabinet Palestin yang diadakan pada hari Isnin, menyeru Kesatuan Eropah untuk tidak membeza-bezakan di antara menteri-menteri penduduk Palestin, terutama diantara Hamas dan Fatah, di atas dasar polisi.Perdana Menteri, Ismail Haniya, memberitahu ahli-ahli kabinetnya “Kerajaan perpaduan Palestin bertindak sebagai satu pasukan dan tidak boleh berpecah”.

Olmert Akan Bertemu Pemimpin Arab Berpendirian Sederhana.


Selasa, 03/04/07 –

Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert akan bertemu para pemimpin Arab terutama dengan pemimpin yang dilabelkannya sebagai berpendirian sederhana. Ia “bertujuan untuk membincangkan mengenai pelan damai di rantau itu”. Beliau walau bagaimanapun tidak memberi jawapan jelas mengenai cadangan yang dikemukakan oleh Liga Arab.

Palestin Bertindak Bagi Pecahkan Benteng Sekatan Antarabangsa.


Selasa, 03/04/07 –
Menteri Luar Palestin, Ziyad Abu Maru telah bertemu rakan sejawatnya dari Perancis, Philippe Doste Blaze di Paris. Menteri Penerangan Palestin, Mustafa Al Barghuth juga mengadakan perbincangan di Rome bersama Menteri Luar Itali, Masimo Dalima dalam usaha meraih sokongan kepada kerajaan perpaduan kebangsaan serta memohon agar bantuan kewangan Eropah kepada negaranya disambung semula.

Syria, Iran, Hizbullah Sedia Berperang.


Selasa, 03/04/07 –
Ketua Perisikan Perang Israel, Jeneral Amus Yadlin berkata Syria, Iran dan Hizbullah masing-masing bersedia dari segi pertahanan bagi peperangan yang dipercayai akan dilancarkan oleh Amerika Syarikat ke atas Tehran ketika musim panas akan datang.

Rejim Zionis Memukul Pemandu Ambulan.


Selasa, 03/04/07 –Persatuan bantuan perubatan Palestin Isnin ini (2/4/07) mengecam askar-askar rejim Zionis yang menahan Fida Subuh, seorang pemandu ambulans ketika membawa satu pasukan perubatan untuk bekerja di sebuah kampung dalam daerah Jenin.Dalam kenyataan itu, Persatuan itu memberitahu askar rejim Zionis memintas ambulansnya di satu simpang, memaksa pemandu itu keluar dan terus memukulnya. Subuh telah cedera di kepala dan mukanya akibat dari serangan tersebut, kenyataan tersebut menambah.

Awad : Perlu Mendapat Persetujuan Haniyya.


Isnin, 02/04/07 –

Dr. Mohammed Awad selaku Setiausaha Majlis Menteri-menteri Palestin Ahad lepas telah memberitahu bahawa semua mesyuarat luar yang dijalankan oleh ahli kabinet perlu mendapat persetujuan daripada Perdana Haneyya Ismael. Dia juga menggariskan mesyuarat-mesyuarat perlu berdasarkan platform politik kerajaan perpaduan Palestin dengan matlamat untuk menjelaskan pendirian Palestin terhadap semua pihak berkaitan dengan isu penduduk Palestin.

Israel Tolak Soal Hak Kembali Rakyat Palestin.


Jumaat, 30/03/07 –
Pemerintah penjajah Israel secara rasmi menolak tawaran prakarsa(inisiatif) Arab setelah berakhirnya Sidang kemuncak Liga Arab di Riyadh dimana pemimpin Arab sepakat mengetengahkan semula isu hak kembali rakyat Palestin.

Qardhawi Kesal Sikap Negara Arab dan Islam


Khamis, 29/03/07 –

Ketua Institut Al-Quds Antarabangsa, Dr. Yusuf Al-Qardhawi menyatakan kekecewaanya terhadap keadaan bangsa Arab dan kaum muslimin masakini. Walaupun jumlah mereka banyak, namun dari segi kekuatan sangat lemah dan mudah dihina.
Qardhawi mengkritik tajam sikap diam bangsa Arab terhadap apa yang terjadi kepada Palestin.

Mohammed Nazzal : Kepentingan Penduduk Palestin Diutamakan.


Khamis, 29/03/07 –

Mohammed Nazzal, anggota Biro Politik Hamas Rabu ini berkata pergerakannya akan menyokong kesepakatan Arab selagi ia memenuhi kepentingan penduduk Palestin dan memelihara negaranya.