
Khamis, 15/03/07 –Tentera-tentera Iraq dengan sokongan kementerian dalaman telah membunuh empat orang pelarian Palestin dan mencederakan dan menculik yang lain pada hari Rabu (14/03/07) dalam satu serangan yang kejam di kompleks kediaman pelarian itu di Baghdad.

Rabu, 14/03/07 –
Sheikh Saleh Al Aruri yang dibebaskan dua hari lalu selepas 15 tahun dalam penjara Selasa ini merayu kepada pihak media untuk berhenti bercakap tentang perjanjian pembebasan banduan-banduan dengan Israel.Beliau memberitahu sidang media mengatakan bahawa banduan-banduan terutama yang dipenjarakan dengan terma tinggi akan menerima kesan buruk disebabkan oleh desas-desus ini.Aruri menuduh Israel sedang melaksanakan satu dasar sistematik bagi mematahkan semangat banduan-banduan Palestin.

Rabu, 14/03/07 –
Rejim Zionis telah menculik ahli Hamas, Anwar Maraeba di bandar Qalqilia, Tebing Barat , sumber-sumber keselamatan Palestin mengesahkan.

Selasa, 13/03/07 –
Sebuah filem dokumentari ditayangkan di televisyen Israel tentang pembunuhan 250 tawanan Mesir dalam perang 1967. Penayangan filem ini mengundang
kemarahan rakyat Mesir terhadap Israel. Bahkan parlimen Mesir mengancam memutus
hubungan diplomatik.

Selasa, 13/03/07 –
Dr. Ghazi Hamad, Jurucakap Kerajaan Sementara Palestin Isnin ini menyangkal dakwaan bahawa Presiden Palestin, Mahmoud Abbas telah bersumpah untuk membebaskan Shalit sebelum pembentukan kerajaan perpaduan Palestin.Hamad dalam satu siaran akhbar berkata, laporan akhbar berbahasa Ibrani yang menyatakan Abbas berikrar semasa mesyuarat bersama Persana Menteri Israel, Ehud Olmert pada Ahad lepas adalah “tidak betul dan tidak tepat”.

Selasa, 13/03/07 –Seorang lelaki bersenjata yang tidak dikenali telah menculik wartawan BBC petang semalam
selepas menahan kereta beliau di pinggir Remal, barat bandar Gaza.

Isnin, 12/03/07 –
Jurucakap Hamas di Semenanjung Gaza, Ismail Redwan Ahad lepas menuduh lawatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Condoleezza Rice ke rantau ini akan menambahkan tekanan bagi pihak Palestin supaya menawarkan lebih banyak konsesi.

Jumaat, 09/03/07 –
Pergerakan Hamas mengesahkan Khamis lepas bahawa ia tidak akan berkompromi walau seinci pun berkenaan peristiwa pengorbanan rakyat Palestin sekalipun dapat membayar kesemua itu dan menekankan bahawa penentangan adalah pilihan mereka dan merupakan pilihan strategik pergerakan tersebut dalam usaha untuk membebaskan Palestin.

Jumaat, 09/03/07 –
Sejumlah besar orang anggota polis rejim Zionis pada hari Rabu (7/3/07) telah menyerbu khemah di wadi Al Joz dan menahan Syeikh Raed Salah, pemimpin pergerakan Islam. Wartawan PIC (Palestine Info Centre) melaporkan bahawa anggota polis rejim Zionis menembak bom-bom sonik dan gas pemedih mata canisters ke dalam khemah. Khemah dipasang oleh para pemogok bagi membantah penggalian rejim Zionis di masjid Aqsa.

Jumaat, 09/03/07 –
Presiden Republik Islam Iran, Mahmod Ahmadinejad menilai bahawa Israel ketika ini hidup dalam keadaan paling merana dalam sejarahnya. Sewaktu pertemuannya dengan ketua Biro Politik Hamas, Khalid Mishal di Teheran, Nejad menyeru agar semua
negara Islam menyokong pemerintah Palestin yang dipilih secara demokratik.

Jumaat, 09/03/07 –
Pergerakan Hamas Rabu lepas telah menerima satu jemputan rasmi untuk melawat Caracas semasa satu mesyuarat antara Menteri Luar Venezuela, Nicolas Maduro dan delegasi Hamas di Tehran.

oleh : Maszlee Malik
Lewat pertempuran di antara kerajaan HAMAS dengan kumpulan pemberontak yang berselindung di sebalik nama Fatah, ramai pihak yang tampil untuk menyelesaikannya. Mesir telah berusaha, dan gagal. Syria telah berusaha, juga gagal. Qatar juga terpaksa menunjukkan komitmen mereka, malangnya, mereka menambahkan lagi bilangan percubaan-percubaan yang gagal. Akhirnya Arab Saudi tampil, dan berjaya menyatukan kedua-dua kumpulan HAMAS dan Fatah, sekaligus mengakhirkan episod peperangan saudara di bumi Palestin yang dijajah. Inisiatif Saudi itu telah membawa kepada deklarasi Mekah. Di antara keputusan besar dan utama yang dihasilkan lewat permufakatan Mekah itu adalah penubuhan “kerajaan campuran†Palestin. Abbas dan rakan-rakan Fatahnya tiba-tiba bersetuju walaupun dahulunya merekalah yang paling terkehadapan menolak ide seumpamanya lewat kemenangan HAMAS di dalam pilihanraya 2006 yang lalu.

Rabu, 07/03/07 –
2 kanak2 Palestin cedera parah semalam (06/03/07) dalam satu letupan yang terhasil dari objek yang
tidak di kenali semasa bermain di sebuah padang di kem pelarian Jabalia , utara Gaza, sumber perubatan
melaporkan.

Rabu, 07/03/07 –Ahli parlimen Palestin, Khaled Tafesh dalam satu kenyataan pada Isnin lalu (5/3/07) menggesa presiden Goerge Bush untuk mengkaji semula polisi kerajaannya terhadap Asia Barat terutamanya dasar-dasar terhadap Palestin.Beliau meminta agar USA dan Negara kesatuan Eropah yang dasar mereka adalah lebih berpihak kepada Israel, agar berhenti daripada menyokong penindasan Israel terhadap rakyat Palestin dan menghentikan sekatan antarabangsa yang dikenakan akibat daripada pilihan rakyat Palestin untuk memilih HAMAS sebagai kerajaan.

Selasa, 06/03/07 –
Ahad (4/3) berlangsung pertemuan antara Presiden Palestin, Mahmud Abbas dengan Perdana Menteri Ismael Haneya dalam perbahasan akhir susunan kerajaan
perpaduan nasional Palestin di Semenanjung Gaza.