Israel Ragu-Ragu Untuk Berunding.


Jumaat, 13/04/07 –

Ahli perniagaan Amerika yang berasal dari Syria, Ibrahim Sulaiman mendedahkan bahawa Presiden Syria, Basyar Al Asad enggan menghantar pasukan tentera menentang Israel ketika peperangan di Lubnan pada musim panas yang lalu.

Pertermuan Olmert & Abbas : Rundingan Pertukaran Tahanan Tergendala.


Jumaat, 13/04/07 –
Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert akan bertemu Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada Ahad ini, mengikut perjanjian yang dicapai dengan perantaraan Amerika. Sementara itu Israel berkata bahawa rundingan tersebut tidak menyentuh tentang cadangan untuk menubuhkan Negara Palestin seperti yang diharap-harapkan oleh Abbas.

United Nation (UN) Digesa Supaya Melindungi Pelarian Palestin Di Iraq.


Jumaat, 13/04/07 –
Rangkaian pertubuhan persendirian Palestin menggesa pihak UN dan agensi-agensi yang berkaitan supaya memberi “perlindungan antarabangsa sementara” kepada ribuan pelarian Palestin di Iraq yang saban hari dibunuh oleh tentera Iraq.

Kami Akan Tuntut Hak Kami !


Jumaat, 13/04/07 –
Speaker Badan Perundangan Palestin, Dr. Ahmad Bahar telah memberitahu walaupun penduduk Palestin menghadapi sekatan ekonomi dan proses kebuluran yang belum pernah berlaku, tetapi mereka tidak akan meninggalkan hak-hak mereka yang sah walaupun dalam kesakitan.

Rakyat Israel Dipenjara Kerana Bersubahat Dalam Aksi Syahid Rakyat Palestin.


Jumaat, 13/04/07 –
Akhbar talian Israel, Haaretz, melaporkan pada Khamis bahawa Mahkamah Daerah Tel Aviv menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun selepas mendakwa mereka memandu seorang pengamal istisyhad Palestin.

Pertukaran Tahanan, Abbas & Olmert Akan Bertemu Ahad


Jumaat, 13/04/07 –

PM Israel Ehud Olmert, Ahad (15/04) depan dijangka akan bertemu dengan Presiden Palestin Mahmud Abbas berdasarkan kesepakatan yang telah dicapai dengan
orang tengah, Amerika. Israel menegaskan bahawa perbincangan tidak akan mencakupi pengambilan langkah-langkah pendirian negara Palestin sebagaimana yang diharapkan Presiden Abbas.

Amaran Hamas mengenai skim ‘hasad’ yang akan menggugat perpaduan rakyat Pale


Jumaat, 13/04/07 –

Pergerakan Hamas Rabu lalu memberi amaran bahawa musuh-musuh Palestin sedang berusaha keras untuk menghancurkan perpaduan di kalangan rakyat dengan cara mencetuskan pertikaian dalaman. Pergerakan itu mengeluarkan kenyataan Rabu lalu dan mereka sekeras-kerasnya menafikan tuduhan bahawa mereka terlibat dalam operasi pembunuhan seorang pegawai di Khan Younis.

Tahanan Palestin Mogok Lapar.


Khamis, 12/04/07 –

Beribu-ribu tahanan penjara rakyat Palestin di penjara pencaroboh Israel dijangka akan memulakan mogok lapar sebagai membantah keadaan penahanan mereka. Ia dilakukan ketika rundingan pertukaran tentera Israel, Jilad Shalit dengan tahanan rakyat Palestin semakin dinanti-nantikan.

Polisi Kurungan Berseorangan Zionis: Tahanan Palestin Mengadakan Mogok Lapar.


Khamis, 12/04/07 –
Semua tahanan Palestin di Israel termasuk wanita dan kanak-kanak bersepakat untuk mengadakan mogok lapar sehari Rabu lalu sebagai membantah polisi kurungan berseorangan rejim Zionis , sumber Palestin mengesahkan.

Friends Of Humanity Anjur Kempen Antarabangsa Demi Pembebasan Dwaik.


Khamis, 12/04/07 –

Sahabat Kemanusiaan (Friends Of Humanity), sebuah pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa, pada hari Rabu telah melancarkan sebuah kempen menggesa pembebasan Speaker Parlimen Palestin, Dr Aziz Al-Dwaik dan sahabat-sahabatnya yang diculik dan ditahan di bawah rejim Israel.

Israel Seksa Pemimpin Hamas Menggunakan Sinar Laser


Khamis, 12/04/07 –

Selama lebih 3 tahun berturut-turut pihak penjara Zionis Israel memancarkan sinar laser di sel yang dihuni Syeikh Jamal Abul Haija (50 tahun) di penjara Israel
Beer Sheba yang menyebabkan beliau mengalami alahan teruk di seluruh badannya.

Jordan Kutuk Fanatik Yahudi Menceroboh Al-Aqsa.


Khamis, 12/04/07 –
Rabu lepas, Jordan telah mengutuk kumpulan fanatik Israel yang melakukan pencerobohan dalam kompleks Masjid Aqsa dan menyerang salah seorang pengawal masjid tersebut.Jawatankuasa Diraja Al Quds yang mengekalkan Masjid Aqsa dan Dome of the Rock memberi amaran supaya tidak mengulangi perbuatan seperti menghentak-hentak kaki dan tidak akan menerima kenyataan Israel bahawa langkah itu adalah satu bentuk pelancongan yang baik.

Haneyya : Perjanjian Pertukaran Tahanan Kini Dalam Mahkamah Israel.


Khamis, 12/04/07 –
Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya Selasa lalu mengesahkan perjanjian pertukaran banduan-banduan antara puak penentang Palestin dan Israel kini berada di mahkamah Israel.

Israel Serang Nablus, Culik Pemimpin Pelajar Islam di Kampus Berzeit


Khamis, 12/04/07 –
Tentera Israel dalam jumlah besar menyerang kota Nablus pagi ini (10/04). Sejumlah rumah dijadikan pos tentera. Sementara itu di Ramallah, tentera Zionis
menculik seorang pemimpin aktivis Islam di kampus Berzeit.

Amerika Beri Bantuan Kepada Abbas.


Khamis, 12/04/07 –
Kongres Amerika telah meluluskan sumbangan bantuan berjumlah 60 juta dolar bagi membantu pasukan keselamatan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.