Isnin ,31/07/2006 –
Bagi membuktikan kesatuan darah dan jiwa di antara rakyat Palestin dan Lubnan, sayap ketenteraan Hamas, Briged Al-Qassam yang ternyata tidak berpuas hati dengan pembunuhan beramai-ramai oleh tentera IOF di Qana telah bertindak balas melancarkan tiga roket ke kawasan penempatan Israel di Sderot. Kenyataan rasmi ketenteraan yang dikeluarkan Briged serta salinannya kepada PIC menyebut, pejuang-pejuangnya telah berjaya memusnahkan penempatan Sderot di kawasan Timur Laut Gaza dengan menggunakan tiga missile buatan sendiri.
Isnin ,31/07/2006 –
Kumpulan Penentang Popular (PRC) mengesahkan bahawa jurucakapnya, Mohammed Abdul Al turut dikenali sebagau Abu Abir telah menjadi sasaran bunuh Sabtu lalu.
Isnin ,31/07/2006 –
Perdana Menteri Palestin, Ismael Haneyya mengecam keras tindakan keganasan Israel ke atas wilayah Qana yg dianggap sebagai pengannas antarabangsa. Haneyya menegaskan, tindakan Israel ke atas Palestin dan Lebanon ini pasti tidak berjaya.
Jumaat ,28/07/2006 –
Satu demo anti Zionis telah diadakan di hadapan kedutaan Amerika di ibukota hari ini menyatakan bantahan sekeras-kerasnya rakyat Malaysia akan kebiadapan rejim Zionis denga sekutu kuat mereka, US menyerang dan membantai rakyat awam di Palestin dan Lubnan. Pelbagai lapisan masyarakat telah sama-sama turun padang menyatakan pendirian jelas rakyat Malaysia akan isu ini. Walaupun keadaan cuaca di ibukota tidak mengizinkan dengan hujan yang begitu lebat, namun itu tidak sama sekali mematahkan ribuan warga kota untuk membajiri kedutaan Amerika.
Gambar lengkap akan disiarkan Isnin ini.
Jumaat ,28/07/2006 –
Amerika masih menganggap tindakan Israel ke atas Jalur Gaza dan Lebanon sebagai tindakan wajar. Hamas yakin kedatangan Rice ke Palestin hanya ancaman dan tekanan sahaja. Kunjungannya hanya sebagai penegasan sikap masalah yg terlibat di Timur Tengah dan hanya untuk kepentingan Israel dan menjadi negara itu semakin berani dan gila membunuh rakyat Palestin.
Jumaat ,28/07/2006 –
Rejim Zionis telah berjaya menculik Menteri Palestin, Ahmed Mubarak (gambar) di rumah saudara terdekat isteri beliau di Beitonia, barat Ramallah
Jumaat ,28/07/2006 –
Tidak pernah berlaku dalam sejarah kerajaan-kerajaan PA sebelum Hamas, pemimpin memberikan wang gajinya kepada rakyat. Namun, Perdana Menteri kerajaan Hamas hari ini, Ismail Haneyya telah menunaikan janjinya untuk mendermakan separuh daripada gaji pertama beliau kepada keluarga seorang kanak-kanak yang mati syahid, Hadeel Al-Ghebn di Bandar Beit Lahia.
Jumaat ,28/07/2006 –
Radio Hebrew berkata Division Penapisan Tentera Israel membenarkan penyiaran berita mengenai penangkapan seorang professor dari sebuah universiti di Kanada, Dr.Ghazi Falah.
Khamis ,27/07/2006 –
Kumpulan pejuang Lebanon terus melancarkan serangan roket ke beberapa perkampungan di
bahagian utara Palestin jajahan Israel tahun 1948 sebagai tindak balas terhadap Israel yang
menceroboh selatan Lebanon. Akibatnya, sejak pagi ini (26/07) lima warga Israel cedera dan lebih kutang
20,000 penduduk Israel siap sedia meninggalkan Israel untuk menyelamatkan diri.
Khamis ,27/07/2006 –
Pemimpin utama Hizbullah, Syeikh Hassan Nasrullah, kembali mengeluarkan amaran kepada Zionis
Israel dan mengatakan bahawa perjuangan akan diperluaskan, “Ia boleh jadi akan melebar hingga Haifa dan seterusnya. Serangan kami tidak terhenti oleh batasan wilayah,” jelas beliau tegas di TV Almanar
yang disiarkan oleh televisyen Aljazeera hari ini, Rabu (26/7). Kata-kata Nasrullah adalah
isyarat bahawa bandar-bandar lain ‘Israel’ perlu bersedia merasakan dahsyatnya roket-roket Hizbullah.
Khamis ,27/07/2006 –
Keganasan dan kekejaman Israel semakin menjadi-jadi apabila wilayah selatan Lebanon di serang termasuklah markas pasukan keamanan PBB atau United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL). 4 anggota pasukan PBB mati dan Kofi Anan mengecam Israel atas kematian ini.
Khamis ,27/07/2006 –
Israel tidak memperdulikan amaran-amaran pemerhati UN di selatan Lubnan dengan mengebom 4 orang pengaman dari UN, kata Menteri Luar IrishRabu lalu, Menteri itu berkata Pegawai Tertinggi Askar Irish telah memberitahu Askar Israel sekurang-kurangnya 6 amaran yang menyatakan serangan Israel hampir mengenai kawasan UN.
Khamis ,27/07/2006 – Wartawan al-Jazeera melaporkan bahawa pertempuran sengit sedang berlaku di Bint Jubail di selatan Lubnan antara para pejuang Hizbullah dengan tentera rejim Zionis menyebabkan 9 orang tentera rejim Zionis terbunuh manakala 25 yang lain cedera.
Rabu ,26/07/2006 –
Sekurang-kurangnya lima orang tentera Israel tercedera dalam serangan hari ini (25/07) di pinggir
bandar Bint Jabil. Sementara itu, serangan roket Hizbullah mengakibatkan ekonomi Israel merundum
secara mendadak.
Rabu ,26/07/2006 –
Seorang askar Israel terbunuh manakala lapan yang lain cedera – antaranya kritikal – dalam satu pertempuran sengit di antara tentera Hizbullah Lubnan dan kumpulan tentera penceroboh regim Zionis berdekatan kedudukan strategik sebuah kampung di Maroun Al-Ras di sempadan, demikian disahkan sumber Hebrew.