Jumaat, 14/07/2006 –
Tentera Zionis pada hari Selasa mencederakan remaja Palestin dan menahan 4 yang lain dalam pencerobohan rutin mereka di Nablus. Pencerobohan zionis ini disambut dengan balingan batu daripada para remaja dibalas dengan tembakan peluru hidup, peluru getah dan gas pemedih mata. Seorang paramedik juga cedera ditembak semasa menjalankan tugas beliau.
Jumaat, 14/07/2006 –
Haneyya memberitahu kepada 1 juta warga Turki yang berdemonstrasi yang dianjurkan oleh parti yang diketuai Necmettin Erbakan di Istanbul, atas simpati dan kasih mereka kepada rakyat Palestin agar mereka terus istiqamah dengan Islam.
Jumaat, 14/07/2006 –
Muhammad Nazzal, ahli biro politik pergerakan Hamas, telah menyifatkan serangan tentera Hizbullah terhadap kedudukan tentera regim pengganas Israel, sebagai tindakan berani dan sah (legitimate), kerana ianya dilakukan dikawasan Lubnan yang diceroboh regim.
oleh : Maszlee Malik
Sikap melampau AS berhubung isu penjajahan bumi Palestin bukanlah sesuatu yang baru. Lebih 90 veto telah dikeluarkan oleh AS di dalam mesyuarat-mesyuarat Majlis Keselamatan PBB berhubung tindakan ke atas kekejaman rejim Zionis Israel. AS sememangnya menjadi pelindung kepada negara haram Israel yang telah ditubuhkan demi menjayakan cita-cita golongan Zionis. Sebab utama perlindungan tersebut tidak lain dan tidak bukan adalah hasil lobi golongan Kristian Zionis yang begitu kuat pengaruhnya di kongres AS. Kumpulan yang dikenali sebagai Neo-Conservative itu telah bergabung dengan para Yahudi Zionis yang juga merupakan pemodal-pemodal antarabangsa telah berjaya mencaturkan segala polisi AS berkaitan dasar luar mereka. Fakta ini bukanlah lagi rahsia, penulis-penulis seperti Michael Prior, Ilan Pappe, Martin Buber, Collin Piper, Stephen Sizer dan lain-lain penulis lagi telah lama mendedahkan makar kumpulan tersebut.
Jumaat ,14/07/2006 –
PM Palestin, Ismael Hanneyah menegaskan bahaya besar mengancam warga Palestin
setelah penjajah Israel mula menggunakan senjata napalm (sejenis bom yang
menggunakan bahan kimia dan radioaktif hingga membakar tubuh mangsa) dan nail bomb
(bom paku) yang merobek-robek tubuh mangsa dan menghancurkan tulangnya.
Khamis ,13/07/2006 –
Pelbagai reaksi oleh rakyat Palestin dan dunia Arab dengan tindakan pejuang Hizbullah menyerang rejim Zionis di sempadan Lubnan.
Khamis ,13/07/2006 –
Dari Isnin (10/07) korban keganasan Israel terhadap rakyat Palestin adalah 10 orang syahid dan 35 orang cedera dalam operasi ketenteraan zionis di perumahan
penduduk Palestin di Gaza, Khan Yunis dan utara Genting Gaza.
Khamis ,13/07/2006 – Hampir satu ratus pelarian Palestin yg lari dari Iraq ke India meminta agar mereka dpt pulang ke Palestin untuk bersama berjuang untuk Palestin. Abu Salah, wakil jurucakap pelarian Palestin, berkata pelarian Palestin di India berada di di India mula membenarkan mereka pulang.
Seorang telah terbunuh dan beberapa yang lain telah tercedera di dalam serangan udara Israel yang terbaru di Gaza, di mana Perdana Menteri Palestine menegaskan bahawa tindakan sedemikian tidak akan membawa kepada keamanan.
Rabu, 12/07/2006 –
Ribuan penduduk Gaza mengiringi pengkebumian empat orang penduduk Palestin termasuk tiga kanak-kanak yang terkorban syahid angkara serangan penceroboh rejim Zionis di Semenanjung Gaza pada Isnin (10/07/06) dan Selasa (11/07/06) yang lalu.
Rabu ,12/07/2006 –
PM Palestin, Ismail Haneyya telah memberitahu menteri kabinetnya semasa persidangan mingguan bahawa dana sebanyak 50 juta dollar melalui Liga Arab telah sampai di Palestin.
Selasa, 11/07/2006 –
Urusan semakin pelik dan rumit dalam pentadbiran Palestin. Presiden Mahmod Abbas mengumumkan bahawa ketua bahagian Politik PLO dan Setiausaha Agung Gerakan Fatah, Farouk Kaddoumi dipilih sebagai wakil urusan politik luar negeri Palestin dan mewakilinya di peringkat antarabangasa
Dengan lebih kurang 20% daripada penduduk Palestine pernah ditahan di penjara Israel sebanyak sekali atau lebih, anda mungkin tidak akan jumpa mana2 keluarga Palestine yang tidak mempunyai anggota keluarga yang tidak terlibat.
Isnin, 10/07/2006 –
AMB, yg punya kaitan dengan Pergerakan Fatah, dan Brigade Nasser Salahuddin, sayap tentera yg terkenal, telah bertanggungjawab menembak menggunakan dua missile terkini buatan sendiri di Israel, Sderot di Jalur Gaza.
Isnin, 10/07/2006 –
Rejim Zionis mengganas dengan menyerbu, menggeledah rumah-rumah di Tebing Barat selepas tembakan membabi-buta, memukul, menembak gas pemedih mata di bandar Nablus dan menahan beberapa orang di kem Askar dan Baitul Ma.