
Selasa, 27/03/07 –
Mufti Al-Quds, Syaikh Muhammad Hussein mengajak penduduk kota Al-Quds yang terjajah dan sesiapa saja yang mampu datang ke al-Quds untuk segera mengunjungi al-Aqsa setiap waktu solat dan bukan di waktu solat Jumaat sahaja.

Selasa, 27/03/07 –
Mufti Al-Quds, Syaikh Muhammad Hussein mengajak penduduk kota Al-Quds yang terjajah dan sesiapa saja yang mampu datang ke al-Quds untuk segera mengunjungi al-Aqsa setiap waktu solat dan bukan di waktu solat Jumaat sahaja.

Selasa, 27/03/07 –Lima Penduduk Tercedera dalam pertelingkahan antara FATAH-HAMAS di Rafah. Sumber perubatan Palestin di hospital Abu Yousef Al Najjar di Rafah, selatan semenanjung Gaza, melaporkan pada hari Isnin malam terdapat 5 orang penduduk di tembak dan tercedera semasa pertelingkahan di antara Hamas dan penembak Fatah.

Selasa, 27/03/07 –
Briged Al Qassam yang juga sayap kanan Hamas memberitahu salah seorang pejuangnya terbunuh ketika menjalani latihan di Khan Younis, utara Semenanjung Gaza malam Isnin lalu (26/03/07).
Pejuang tersebut Hasan Mohammad Ma’rouf, 36 juga dikenalpasti sebagai Abu Ali .Di dalam insiden yang berasingan, sumber dari Tentera Israel memberitahu pejuang Palestin telah membuat satu letupan berhampiran pagar keselamatan di Semenanjung Gaza. Walaubagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan.

Jumaat, 23/03/07 –
Sejumlah besar askar rejim Zionis lengkap dengan kenderaan tentera melakukan serangan di bandar Nablus dan Balata berdekatan dengan kem pelarian pada waktu subuh Khamis di tengah-tengah intensif tembakan senapang tentera, menurut sumber Palestin yang telah disahkan.

Jumaat, 23/03/07 –
Tomy Labed, mantan ketua parti sekular Israel “Sinawi” menyeru pembunuhan warga Palestin sebelum meletus Intifadaha ketiga kerana Palestin mempunyai persenjataan yang besar, paling terlatih dan paling sistematik.

Khamis, 22/03/07 –
Pergerakan Perjuangan Islam, HAMAS, sedang mengatur satu perhimpunan besar di Semenanjung Gaza pada hari Khamis bersempena ulangtahun ketiga syahidnya pengasasnya , Sheikh Ahmad Yassin, sumber yang disahkan oleh pergerakan itu.Perhimpunan ini dijangka akan menghimpunkan sebahagian besar penyokong-penyokong HAMAS dan kader dan akan berlangsung di kem pelarian Nusierat, iaitu kem pelarian yang paling ramai penduduk di Semenanjung Gaza dan merupakan kubu kuat HAMAS

Khamis, 22/03/07 –
Jawatankuasa Jerusalem di bawah perundangan PA (pihak berkuasa Palestin) telah menyeru supaya kempen media-media Palestin, Arab dan Muslim dipertingkatkan bagi menyelamatkan Masjidil Aqsa dan menentang cubaan Israel untuk menjadikan Jerusalem sebagai kawasan penempatan Yahudi.

Khamis, 22/03/07 –
Jurucakap Pergerakan Hamas di Semenanjung Gaza, Dr. Ismael Redwan telah mengesahkan bahawa penyertaan Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya (kiri) dalam delegasi Palestin ke persidangan Arab di Riyadh adalah bukti jelas kesatuan Palestin ketika ini.

Khamis, 22/03/07 –
Wakil Kesatuan Eropah untuk keamanan bagi Middle East Miguel Moratinos dan Menteri Luar Negeri Belgium, Karel De Gucht (gambar) akan menemui Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Palestin, Dr. Ziad Abu Amr tidak lama lagi, kata Menteri Penerangan Palestin Dr. Mustafa Barghouthi, Rabu lepas.Ini adalah mesyuarat diplomatik dan pertama dengan kerajaan Palestin selepas pembentukan kerajaan perpaduan.

Khamis, 22/03/07 –
Diplomat Umum Badan Bantuan PBB untuk Pelarian Palestin UNRWA (United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East), Karin Abu Zeid
menegaskan pihaknya akan menambah bantuan untuk Palestin dan menyatakan pujiannya kepada kerajaan perpaduan nasional Palestin. Dia menyatakan harapan agar perbaikan keadaan setelah pembentukan pemerintahan ini.

Khamis, 22/03/07 –
Fawzi Barhoum, jurucakap pergerakan Hamas di Gaza, pada hari Rabu (21/03/07)mengecam keputusan pemerintah Israel untuk memboikot apa-apa mesyuarat pembesar Eropah dengan setiap menteri atau wakil Hamas.Barhoum, dalam satu siaran akhbar, berkata Israel masih berusaha untuk mengenakan hegemoninya terhadap penduduk Palestin dan kerajaan perpaduan.Dia menggambarkan ia merupakan satu “kegagalan” dasar Israel kepada negara-negara Eropah yang rata-ratanya memberi reaksi positif tentang kerajaan perpaduan Palestin.

Rabu, 21/03/07 –
Dr. Mustafa Al Barghouthi, menteri penerangan pa, pada hari Selasa menyeru masyarakat dunia dan jawatankuasa antarabangsa tidak melambatkan pengiktirafan penduduk Palestin baru kerajaan perpaduan.Barghouthi, dalam satu kenyataan, berkata kerajaan pa mengalu-alukan tindakan “positif dan membina” beberapa-beberapa negara-negara Eropah, Rusia dan Cina dalam berurusan dengan kerajaan perpaduan.

Rabu, 21/03/07 –
Perdana Menteri Palestin, Ismael Haneya bertemu dengan wakil Menteri Luar Norway, Raymond Johansson di Gaza,Isnin (19/3). Johansson adalah diplomat Eropah
pertama yang berkunjung ke Palestin pascapelantikan pemerintahan perpaduan nasional Palestin.

Rabu, 21/03/07 –
Ezzet Al Resheq (gambar), ahli biro politik Hamas , pada hari Selasa (20/03/07) menyangkal laporan-laporan media terdapat perbezaan-perbezaan wujud di dalam kepimpinan pergerakan tersebut . “Kita dalam Hamas mengambil keputusan-keputusan kita bersama mewakili semua anggota Hamas di Palestin , di luar (Palestin) dan dalam penjara Israel,” dia menggariskan.

Rabu, 21/03/07 –
Dalam sidang mingguan, Ahad (18/03) pemerintah Zionis Israel memutuskan untuk memboikot kerajaan perpaduan nasional Palestin yang telah mendapatkan dokongan majoriti dewan legislatif Palestin. Mereka akan meneruskan embargo dan pemboikotan
yang telah dilakukan terhadap pemerintah Palestin sejak setahun lalu.