
Khamis, 12/04/07 –
Semua tahanan Palestin di Israel termasuk wanita dan kanak-kanak bersepakat untuk mengadakan mogok lapar sehari Rabu lalu sebagai membantah polisi kurungan berseorangan rejim Zionis , sumber Palestin mengesahkan.

Khamis, 12/04/07 –
Sahabat Kemanusiaan (Friends Of Humanity), sebuah pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa, pada hari Rabu telah melancarkan sebuah kempen menggesa pembebasan Speaker Parlimen Palestin, Dr Aziz Al-Dwaik dan sahabat-sahabatnya yang diculik dan ditahan di bawah rejim Israel.

Khamis, 12/04/07 –
Selama lebih 3 tahun berturut-turut pihak penjara Zionis Israel memancarkan sinar laser di sel yang dihuni Syeikh Jamal Abul Haija (50 tahun) di penjara Israel
Beer Sheba yang menyebabkan beliau mengalami alahan teruk di seluruh badannya.

Khamis, 12/04/07 –
Rabu lepas, Jordan telah mengutuk kumpulan fanatik Israel yang melakukan pencerobohan dalam kompleks Masjid Aqsa dan menyerang salah seorang pengawal masjid tersebut.Jawatankuasa Diraja Al Quds yang mengekalkan Masjid Aqsa dan Dome of the Rock memberi amaran supaya tidak mengulangi perbuatan seperti menghentak-hentak kaki dan tidak akan menerima kenyataan Israel bahawa langkah itu adalah satu bentuk pelancongan yang baik.

Khamis, 12/04/07 –
Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya Selasa lalu mengesahkan perjanjian pertukaran banduan-banduan antara puak penentang Palestin dan Israel kini berada di mahkamah Israel.

Khamis, 12/04/07 –
Tentera Israel dalam jumlah besar menyerang kota Nablus pagi ini (10/04). Sejumlah rumah dijadikan pos tentera. Sementara itu di Ramallah, tentera Zionis
menculik seorang pemimpin aktivis Islam di kampus Berzeit.

Khamis, 12/04/07 –
Kongres Amerika telah meluluskan sumbangan bantuan berjumlah 60 juta dolar bagi membantu pasukan keselamatan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Khamis, 12/04/07 –
Menteri Penerangan Palestin, Mustafa Al Barghuthi menuduh Israel “berlengah-lengah†untuk menyelesaikan proses pertukaran tahanan. Al Barghutgi berkata bahawa kerajaannya tidak menerima sebarang jawapan lagi dari pihak Israel berhubung isu tersebut.

Khamis, 12/04/07 –
Askar-askar rejim Zionis membuat sekatan jalan menghalang 68 wanita Palestin yang hamil untuk melahirkan bayi-bayi mereka hingga menyebabkan kematian empat wanita dan 34 orang bayi belum lahir, sebuah laporan Palestin yang bebas melaporkan.

Rabu, 11/04/07 –
Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert menegaskan beliau enggan membebaskan pemimpin berpengaruh Fatah, Marwan Al Barghuthi dalam rundingan pertukaran melalui Kaherah selaku orang tengah, meskipun orang-orang terdekat Olmert menyarankan agar Al Barghuthi perlu dibebaskan bagi menghadapi pengaruh pertubuhan Hamas yang semakin berkembang.

Selasa, 10/04/07 –Ketua gerakan Islam di Palestin jajahan 48, Syeikh Raed Shalah meminta
bangsa Arab dan Islam menyebarkan keadaan genting dan bencana besar yang akan
terjadi di Al-Quds, akibat program Yahudinisasi dan penghancuran Masjid Al-Aqsa
secara bertahap.

Selasa, 10/04/07 –
Warga Arab dalam Knesset Israel (parlimen) Mohammed Baraka mengesahkan Isnin lalu bahawa rejim Zionis akan berterusan melakukan “pembunuhan beramai-ramai” terhadap penduduk Palestin di setiap pelusuk Palestin yang diduduki walaupun dalam tingkah laku sosial yang berbeza-beza.

Selasa, 10/04/07 –
Ketua Institut Al-Quds Antarabangsa, Dr. Yusuf Al-Qardhawi menyatakan kekecewaanya terhadap
keadaan bangsa Arab dan kaum muslimin masakini. Walaupun jumlah mereka banyak, namun dari segi kekuatan sangat lemah dan mudah dihina. Qardhawi mengkritik tajam sikap diam bangsa Arab terhadap
apa yang terjadi kepada Palestin.

Selasa, 10/04/07 –
Sumber-sumber rasmi Mesir melaporkan pada hari Isnin semalam bahawa pengawal-pengawal sempadan Mesir menahan seorang bangsa Palestin yang melepasi sempadan dari Semenanjung Gaza ke Mesir melalui satu dari dua terowong yang baru-baru telah digali di kawasan tersebut.

Selasa, 10/04/07 – Seorang pengawal masjid Aqsa di Baitulmuqaddis telah diserang pada hari Isnin (9/4/07) oleh polis rejim Zionis dalam usaha mempertahankan masjid dan menyekat orang fanatik Yahudi daripada menceroboh .Saksi-saksi mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya 10 orang polis rejim Zionis telah menyerang pengawal, Mahmoud Al Khatib, dengan mengangkat dia untuk dicegah mereka daripada kemasukan tokong suci Islam sebelum mengetuainya untuk soal siasat untuk satu pusat tahanan yang berdekatan.