PANAS !! Hubungan Rahsia Israel-Saudi


Selasa , 26/09/06 –Akhbar Israel Yediot Aharonot edisi Jumaat, menyiarkan tajuk utama berita hubungan rahsia antara Israel dan Saudi dengan tajuk “Hubungan rahsia antara Israel dan Saudi”.

Walaupun tidak sepakat, Hamas tetap optimis terhadap kerajaan kesatuan


Selasa , 26/09/06 –Meskipun kenyataan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas semasa Parhimpunan Agung PBB bahawa kerajaan kesatuan nasional akan mengiktiraf Israel adalah tidak benar menurut pegawai-pegawai Hamas, namun pergerakan itu masih menyokong penubuhan satu kerajaan yang bersepadu dan mahukan dialog penubuhan tersebut diteruskan.

Mahkamah Tentera Israel tolak pembebasan pegawai Hamas


Selasa , 26/09/06 –
Satu mahkamah tentera Israel pada Isnin lalu telah memutuskan bahawa 18 penggubal undang-undang Palestin dari parti politik Hamas akan terus dipenjarakan sehingga perbicaraan mereka berakhir dan satu keputusan dicapai. Perintah tersebut dikeluarkan selepas pejabat pendakwaraya tentera mengemukakan tuntutan untuk membebaskan pegawai-pegawai yang ditahan ketika perbicaraan mahkamah sedang dilangsungkan.

Sayap bersenjata Hamas berkata Fatah akan lakukan pemberontakan


Selasa , 26/09/06 –
Briged Ized-deen Al Qassam, sayap bersenjata Pergerakan Hamas berkata pada Sabtu lepas bahawa ia tidak akan “membisu terhadap cubaan pemberontakan oleh pergerakan Fatah.”

Ramadan bermula, askar Rejim Zionis tutup Masjid Ibrahimi di Hebron.


Selasa , 26/09/06 –
Tentera rejim Zionis yang berpangkalan di dalam Masjid Ibrahimi di Hebron, salah satu bandar di Palestin yang diduduki, yang rata-ratanya kurang senang dengan peningkatan jumlah mereka yang masuk ke masjid tersebut untuk menunaikan solat sejak bulan Ramadan yang mulia bermula semalam, telah bertindak menutup masjid tersebut sewenang-wenangnya, sehingga ke satu tarikh yang tidak diketahui.

Haneyya: “Niat kami untuk bina satu kerajaan kesatuan nasional serius”


Selasa , 26/09/06 –
Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya, dari parti Hamas berkata pada Ahad lepas bahawa pergerakannya mempunyai niat yang serius untuk menubuhkan satu kerajaan kesatuan nasional, dan bahawa pergerakan tersebut berminat untuk menjayakan rundingan bersama Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Abu Marzuq: Abbas dan Fatah Berusaha Gulingkan Kerajaan Yang Sah


Selasa , 26/09/06 –
Wakil Ketua Biro Politik gerakan Hamas, Musa Abu Marzuq menyatakan bahawa Presiden Mahmud Abbas dan gerakan Fatah sedang berusaha menggulingkan kerajaan sekarang, Ketika gerakan Hamas begitu serius untuk membentuk kerajaan campuran bersama gerakan
Fatah.

Zahar Tolak Iktiraf Kewujudan Israel


Isnin , 25/09/06 –Dalam sidang akhbar di Gaza, Jumaat (22/9) Menteri Luar Palestin, Dr. Mahmud Zehar menolak kenyataan bahawa kerajaan campuran yang dipersetujui bersama akan mengiktiraf Israel.

Bincang Kerajaan Campuran: Front Rakyat Bertemu Haneyyah


Jumaat , 22/09/06 –

Front Rakyat untuk Pembebasan Palestin menegaskan keinginannya membincangkan isu kerajaan campuran dengan melakukan perbahasan dan dialog dengan syarat yang sesuai untuk mendapatkan kata sepakat.

Peres bertemu Abbas dalam pertemuan sampingan Mesyuarat Perhimpunan Agung


Jumaat , 22/09/06 –Timbalan Perdana Menteri Israel, Shimon Peres, bertemu dengan Presiden Palestin pada Selasa lalu, di dalam sebuah pertemuan sampingan Perhimpunan Agung PBB di New York. Peres memberitahu Abbas bahawa Olmert tidak akan bertemu dengannya selagi Hamas menolak untuk mengiktiraf Israel, dan membebaskan askar Israel yang ditawan.

‘Israel’ Negara Tertinggi Kes Pembunuhan Isteri


Khamis , 21/09/06 –
Akhbar Yedeot Aharonot, Selasa (19/9) menyiarkan berita Israel negara tertinggi kadar pembunuhan isteri oleh suaminya. Pihak Kehakiman Israel menyeru agar pemerintah serius menangani masalah ini dengan membuat undang-undang yang dapat melindungi kaum wanitanya.

Remaja Palestin mati akibat cedera teruk dalam siri pembunuhan kejam Zionis


Khamis , 21/09/06 –Anak Palestin berusia 15 tahun, Hanan Mohamad Oda, Rabu lepas meninggal berikutan kecederaan serius yang dialaminya ketika tentera perisik rejim Zionis membunuh ayah dan abangnya awal bulan ini.

Bush bertemu Abbas di New York


Khamis , 21/09/06 –
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada Rabu lalu telah bertemu dengan Presiden AS, George W. Bush di New York, dan telah membincangkan usaha-usaha untuk menghidupkan kembali proses pendamaian yang tergendala, Kerajaan Kesatuan Nasional, dan juga penyambungan semula bantuan kepada penduduk Palestin setelah ia dihentikan selepas Hamas menang di dalam pilihan raya perundangan Palestin Januari 2006.

Laporan kumpulan hak asasi manusia sebabkan dua askar Israel didakwa


Khamis , 21/09/06 –
Kumpulan hak asasi manusia Israel, B’tselem baru-baru ini telah melaporkan satu insiden penderaan oleh rejim Zionis terhadap dua pemuda Palestin. Hari ini, siasatan kumpulan tersebut berkenaan insiden terbabit telah menyebabkan pendakwaan dilakukan ke atas dua daripada beberapa rejim Zionis yang terlibat dalam penderaan itu.

Keganasan Israel Berterusan Betlahia Diserang, Seorang Syahid


Khamis , 21/09/06 –
Seorang penduduk Palestin gugur syahid dan seorang lagi cedera,Rabu
(20/09) dalam serangan udara yang dilancarkan tentera Israel ke
wilayah Abu Shafiah timur Betlahia. Di beberapa tempat lain, Israel
masih melakukan kekerasan dengan menangkap dan merosakkan
infrastruktur Palestin.