Rabu, 19/07/2006 –
Sayap kiri HAMAS, Brigade Qassam telah melancarkan
5 roket ke barat kawasan Negev yang mana
salah satu roket tersebut hampir mengenai sasaran
strategik di bandar Ashkelon, sumber Hebrew mendedahkan.
Author: admin
Rabu, 19/07/2006 –
Wartawan Al Jazeera melaporkan dari Tebing Barat, rejim Zionis telah mengepung Bandar Nablus dalam tempoh beberapa jam pertama hari Selasa dengan mengunakan kereta kebal dan jentolak-jentolak.
Rabu, 19/07/2006 –
Perdana Menteri PA, Ismail Haneyya menegaskan bahawa kempen ketenteraan Israel di Lebanon dan Semenanjung Gaza tidak akan mencapai matlamat yang disasarkan untuk mematahkan semangat rakyat serta memusnahkan Arab dan umat Islam.
Selasa, 18/07/2006 –
Hasil pungutan suara di Palestin, Isnin 17/7 menunjukan, 96,3 % warga Palestin menghendeki penyelesaian masalah tawanan Israel yang ditangkap pasukan perjuang beberapa hari lalu, ditangani oleh kumpulan pejuang dan hanya boleh dibebaskan dengan cara pertukaran tawanan .
Selasa, 18/07/2006 –
Di tengah-tengah kerakusan pihak tentera rejim Zionis mengebom rumah-rumah dan masyarakat awam Palestin di Gaza, pihak pejuang Palestin telah melakukan serangan balas. Briged al-Qassam telah melepaskan 22 roket al-Qassam ke Naqab, selatan Palestin 1948 pada awal pagIsnin 17 Julai 2006.
Selasa, 18/07/2006 –
Pesawat pejuang rejim Zionis telah mengebom posisi Hizbullah di Lubnan dalam serangan yang masuk hari ke-6 tetapi serangan tersebut tidak menyekat pejuang Hizbullah utk melancarkan 50 roket ke arah bandar2 utama.
Isnin, 17/07/2006 –
Menteri “perang” Israel, Amir Peretz telah mengeluarkan arahan kepada pegawai tentera bawahannya untuk menghapuskan semua tempat yang dicurigai sebagai kubu pejuang Lebanon, walaupun tempat tersebut merupakan perumahan rakyat awam. Pernyataan ini dikeluarkan Peretz dalam sidang akhbar semalam Ahad (16/7) di Haifa, wilayah Palestin jajahan 48.
Isnin, 17/07/2006 –
Lebih 110 orang menjadi syuhada termasuk 20 kanak-kanak dan satu wanita tua sementara lebih 250 orang cedera dalam keganasan berterusan Israel.
Isnin, 17/07/2006 –
Dalam satu sidang akhbar Ahad lalu(16/06/2006), kumpulan
pejuang Palestin berkata operasi ketenteraan yang
dilancarkan pasukan Al-Buraq merupakan rangkaian bersepadu
dengan pejuang Hizbullah untuk menyerang rejim Zionis.
Isnin, 17/07/2006 –
9 orang rejim Zionis mati manakala 30 lagi tercedera
dalam satu serangan roket oleh pejuang Hizbullah ke arah bandar Haifa. Serangan ini merupakan tindakan balas terhadap serangan rejim itu terhadap rakyat awam Palestin.
Isnin ,17/07/2006 – Sekurang-kurangnya seorang warga Palestine terbunuh dan 10 yang lain cedera apabila pesawat tempur Israel melakukan serangan ke atas penempatan awam di bandar Gaza pada pagi Sabtu.
Jumaat, 14/07/2006 –
PFLP memuji tindakan Hizbullah yang berjaya menculik dua tentera Israel di lokasi pos tentera Israel selatan Lubnan.
Jumaat, 14/07/2006 –
Ahmed Shahin, anggota AMB sayap Fatah dibunuh dalam satu serangan udara di Beit Hanun Tebing Gaza dan mencederakan 4 orang awam.
Jumaat, 14/07/2006 –
Tentera Zionis pada hari Selasa mencederakan remaja Palestin dan menahan 4 yang lain dalam pencerobohan rutin mereka di Nablus. Pencerobohan zionis ini disambut dengan balingan batu daripada para remaja dibalas dengan tembakan peluru hidup, peluru getah dan gas pemedih mata. Seorang paramedik juga cedera ditembak semasa menjalankan tugas beliau.
Jumaat, 14/07/2006 –
Haneyya memberitahu kepada 1 juta warga Turki yang berdemonstrasi yang dianjurkan oleh parti yang diketuai Necmettin Erbakan di Istanbul, atas simpati dan kasih mereka kepada rakyat Palestin agar mereka terus istiqamah dengan Islam.