
Khamis, 22/03/07 –
Jurucakap Pergerakan Hamas di Semenanjung Gaza, Dr. Ismael Redwan telah mengesahkan bahawa penyertaan Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya (kiri) dalam delegasi Palestin ke persidangan Arab di Riyadh adalah bukti jelas kesatuan Palestin ketika ini.

Khamis, 22/03/07 –
Wakil Kesatuan Eropah untuk keamanan bagi Middle East Miguel Moratinos dan Menteri Luar Negeri Belgium, Karel De Gucht (gambar) akan menemui Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Palestin, Dr. Ziad Abu Amr tidak lama lagi, kata Menteri Penerangan Palestin Dr. Mustafa Barghouthi, Rabu lepas.Ini adalah mesyuarat diplomatik dan pertama dengan kerajaan Palestin selepas pembentukan kerajaan perpaduan.

Khamis, 22/03/07 –
Diplomat Umum Badan Bantuan PBB untuk Pelarian Palestin UNRWA (United Nations Relief and Works Agency for Palestine Refugees in the Near East), Karin Abu Zeid
menegaskan pihaknya akan menambah bantuan untuk Palestin dan menyatakan pujiannya kepada kerajaan perpaduan nasional Palestin. Dia menyatakan harapan agar perbaikan keadaan setelah pembentukan pemerintahan ini.

Khamis, 22/03/07 –
Fawzi Barhoum, jurucakap pergerakan Hamas di Gaza, pada hari Rabu (21/03/07)mengecam keputusan pemerintah Israel untuk memboikot apa-apa mesyuarat pembesar Eropah dengan setiap menteri atau wakil Hamas.Barhoum, dalam satu siaran akhbar, berkata Israel masih berusaha untuk mengenakan hegemoninya terhadap penduduk Palestin dan kerajaan perpaduan.Dia menggambarkan ia merupakan satu “kegagalan” dasar Israel kepada negara-negara Eropah yang rata-ratanya memberi reaksi positif tentang kerajaan perpaduan Palestin.

Rabu, 21/03/07 –
Dr. Mustafa Al Barghouthi, menteri penerangan pa, pada hari Selasa menyeru masyarakat dunia dan jawatankuasa antarabangsa tidak melambatkan pengiktirafan penduduk Palestin baru kerajaan perpaduan.Barghouthi, dalam satu kenyataan, berkata kerajaan pa mengalu-alukan tindakan “positif dan membina” beberapa-beberapa negara-negara Eropah, Rusia dan Cina dalam berurusan dengan kerajaan perpaduan.

Rabu, 21/03/07 –
Perdana Menteri Palestin, Ismael Haneya bertemu dengan wakil Menteri Luar Norway, Raymond Johansson di Gaza,Isnin (19/3). Johansson adalah diplomat Eropah
pertama yang berkunjung ke Palestin pascapelantikan pemerintahan perpaduan nasional Palestin.

Rabu, 21/03/07 –
Ezzet Al Resheq (gambar), ahli biro politik Hamas , pada hari Selasa (20/03/07) menyangkal laporan-laporan media terdapat perbezaan-perbezaan wujud di dalam kepimpinan pergerakan tersebut . “Kita dalam Hamas mengambil keputusan-keputusan kita bersama mewakili semua anggota Hamas di Palestin , di luar (Palestin) dan dalam penjara Israel,” dia menggariskan.

Rabu, 21/03/07 –
Dalam sidang mingguan, Ahad (18/03) pemerintah Zionis Israel memutuskan untuk memboikot kerajaan perpaduan nasional Palestin yang telah mendapatkan dokongan majoriti dewan legislatif Palestin. Mereka akan meneruskan embargo dan pemboikotan
yang telah dilakukan terhadap pemerintah Palestin sejak setahun lalu.

Selasa, 20/03/07 –
Blok Parlimen Hamas hari ini mengkritik keputusan yang dibuat oleh pengerusi pihak berkuasa Palestin, Mahmoud Abbas diatas keputusannya melantik Mohammed Dahlan dari Fatah sebagai penasihat keselamatan pihak berkuasa Palestin.Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin, jurucakap parlimen blok Hamas, Dr. Salah Al-Bardaweel menyatakan bahawa “Kami menghormati keputusan presiden, akan tetapi kami amat tidak menyenangi perlantikan Dahalan sebagai penasihat keselamatan kerana keterlibatannya dalam kekacauan politik dan perang saudara yang tidak dapat dinafikan lagi dan juga peranannya sebagai ‘persona non-grata’ di jalanan Palestin.

Selasa, 20/03/07 –
Dalam satu kenyataan rasmi, Hamas berkata perlantikan Dahlan ini sebagai satu pencabulan perundangan Palestin, dan menyeru Abbas untuk memeriksa semula keputusan dalam kesesuaian kepada undang-undangâ€.

Selasa, 20/03/07 –
Perkembangan awal mengenai pendirian masyarakat antarabangsa terhadap kerajaan perpaduan Palestin (PA) yang baru diumumkan telah dimulakan dengan pertemuan Timbalan Menteri Luar Norway, Raymond Johansen bersama Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniya, Hamas serta menteri-menteri baru yang lain ini di Gaza. Norway mengisytiharkan bahawa ia akan menjalinkan hubungan dengan kerajaan campuran baru termasuk Hamas dan Fatah dan berkata ia akan menyambung kembali bantuan untuk pihak berkuasa Palestin melalui Menteri Kewangan Palestin, Salam Fayad.

Selasa, 20/03/07 –
Dr Salah al-Bardawi, jurucakap HAMAS dan bloc reformasi Parlimen, Isnin lepas (19/03/07) berkata Sa’eed Siyam (gambar) bekas Menteri Dalaman telah dilantik menjadi pemimpin blok yang baru.

Isnin, 19/03/07 –Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya mengumumkan kabinet barunya mengadakan sesi
pertamanya pada Ahad lepas dengan kehadiran Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan beliau membenarkan bahawa kerajaan perpaduan tidak perlu memberi perhatian terhadap pendirian Israel mengenai kerajaan tersebut.

Jumaat, 16/03/07 –
Jurucakap Kerajaan Sementara Palestin, Dr. Ghazi Hamad telah mengesahkan bahawa Bahagian Keselamatan PA sedang mencari wartawan BBC, Alan Johnston yang diculik serta mengenal pasti pihak yang melarikannya.

Khamis, 15/03/07 –
Pergerakan Hamas Rabu ini mengutuk sekeras-kerasnya pembunuhan beramai-ramai pelarian Palestin di Iraq dimana empat daripada mereka telah terbunuh di tangan sekumpulan tentera Iraq dan Amerika.