
Rabu, 16/05/07 –Askar-askar Rejim Zionismenyerang bandar raya Tulkarm dan beberapa kem berdekatan pada subuh Selasa dan mengempur beberapa rumah, termasuk pejabat pengarah PLC Jamal Hadaiydeh dan beberapa anggota Hamas, menurut sumber-sumber tempatan.

Selasa, 15/05/07 –
Menteri Penerangan Palestin,pada hari Ahad lepas Dr, Mustafa Barghouthi,mengalu-alukan tindakan Kesatuan Eropah untuk memboikot perayaan Israel sempena hari “penyatuan Baitulmuqaddis’ yang di mana telah dijalankan selepas Israel secara haram sibuk merampas timur Baitulmuqaddis pada 1967

Isnin, 14/05/07 –
Perdana Menteri Palestin, Ismael Haneya, Sabtu (12/5) bertemu dengan Menteri Dalam Negeri, Hani Al-Qowasimi dan beberapa orang penasihat keamananya membincangkan situasi keamanan dalam negeri serta langkah-langkah untuk mengatasinya, sebagaimana yang telah disepakati pada pertemuan tiga minggu yang lalu.

Jumaat, 11/05/07 –
Tentera Israel berkata ia telah selesai menyediakan rancangan baru bagi membuka kawasan berasingan di sekitar Ghaza bagi mengelakkan pengeboman roket Palestin ke arah Israel.

Jumaat, 11/05/07 –
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas serta Perdana Menteri, Ismail Haniyeh bersepakat untuk memulakan perlaksanaan pelan keselamatan bagi menamatkan konflik keamanan.

Jumaat, 11/05/07 –
Presiden Syria, Basyar Al Asad telah menegaskan bahawa tuntuan pemulangan semula Golan adalah perkara yang tidak boleh dirunding. Beliau juga menafikan wujud rundingan politik secara rahsia atau terang-terangan dengan Israel.

Jumaat, 11/05/07 –
Jurucakap kerajaan Palestin berkata bahawa pengerahan pasukan keselamatan Palestin di jalan-jalan di Ghaza serta kawasan-kawasannya adalah tidak termasuk di dalam pelan keselamatan kerajaan. Ia mengesahkan bahawa modus operandi bagi pelan tersebut akan diputuskan hari ini dalam mesyuarat Perdana Menteri, Ismail Haniyeh di Ghaza bersama ketua-ketua pasukan keselamatan.

Jumaat, 11/05/07 –Pergerakan HAMAS telah mengutuk beberapa serangan ke atas kenderaan dan instituti UNRWA di kawasan selatan Semenanjung Gaza, Rabu lalu. Pergerakan HAMAS juga dalam kenyataan mereka mengutuk insiden-insiden yang berlaku selepas serangan tersebut seperti penahanan secara rambang, kemusnahan rumah dan juga kekejaman – kekejaman lain. HAMAS juga berpendapat keadilan harus ditegakkan iaitu melalui pihak polis Palestin. HAMAS telah menyeru semua pihak untuk bekerjasama menghentikan segala keganasan dan pertelingkahan.
Khamis, 10/05/07 –
Perdana Menteri Israel ,Ehud Olmert akan bertolak ke Jordan minggu depan bagi menghadiri Persidangan Penganugerahan Anugerah Nobel di Bandar Petra yang mana beliau dijemput oleh Yayasan Ally Faizal serta Dana Pembangunan Raja Abdullah II.

Khamis, 10/05/07 –
Kerajaan Israel meneruskan kerja penggalian di Baitul Maqdis Lama serta kawasan sekitarnya dalam usaha melakukan pencabulan yang berulang-ualng di Masjid Al Aqsa.

Khamis, 10/05/07 –
Pertubuhan Fatah dan Hamas bersetuju untuk mengadakan siri rundingan bagi menyambung semula perbincangan isu yang tertangguh.

Khamis, 10/05/07 –
Kerajaan Ehud Olmert hari ini terselamat dari undi tidak percaya selepas Knesset Israel menolaknya dengan majority besar. Ia berlaku ekoran pembangkang terus menerus mendesak supaya Olmert meletak jawatan berikutan laporan Finograd mengenai peperangan Lubnan baru-baru ini telah dikeluarkan.
Khamis, 10/05/07 –
Ketua Hizbullah, Hassan Nasrullah berkata bahawa laporan Finograd tidak mendedahkan tentang latar belakang pengambilan keputusan rancangan jahat Israel terhadap Lubnan pada Julai lalu.

Rabu, 09/05/07 –
Selasa lepas, Pergerakan Hamas telah meminta semua puak di Palestin meningkatkan perpaduan dan menganggap peranan mereka penting dalam mempertahankan Aqsa daripada ancaman-ancaman pencerobohan Israel.Jurucakap Hamas di Genting Gaza, Fawzi Barhoum dalam satu siaran akhbar Selasa lalu memberi amaran rejim Zionis akan menerima “padah yang serius” disebabkan kerja penggalian di masjid suci Aqsa yang diduduki di Baitulmuqaddis.

Selasa, 08/05/07 –
Persidangan tahunan kali kelima untuk Rakyat Palestin di Eropah telah mengesahkan dalam resolusi penutupnya dengan mendesak pengembalian hak pelarian Palestin dan penyusunan semula PLO.