Haneya: Mereka Pergi Ke Mekah Dengan Niat Baik


Rabu, 07/02/07 –Perdana Menteri Palestin, Ismael Haneya menegaskan, tidak ada pilihan bagi pemerintah kecuali perlu sepakat jika pertemuan di Mekah nanti memang dimulakan dengan niat baik dan komitmen untuk merealisasikannya.

Delegasi Hamas-Fatah membuat Gencatan Senjata


Selasa, 06/02/07 –
Semalam (05/02/07) satu delegasi Hamas-Fatah meninjau sekitar Bandar Raya Gaza dengan tujuan untuk memastikan gencatan senjata seperti yang mereka nyatakan pada hari Sabtu lepas.

Amerika Salurkan USD86.4 juta Perkuatkan Pasukan Abbas

Selasa, 06/07/07Menurut dokumen Amerika yang disiarkan pejabat berita Reuters Ahad (4/2) , pihak Amerika serius menyokong pihak keselamatan presiden Palestin, Mahmud Abbas dengan melatih dan mempersiapkan senjata kepada 8500 pasukan keselamatan peribadi presiden,
ditambah 1000 orang lagi kepada pasukan Fatah atas bantuan Mesir, Jordan dan Israel

Beribu Pesakit di Jenin perlukan bantuan ubat.


Selasa, 06/02/07 –
Beribu pesakit rakyat Palestin di daerah Jenin kekurangan dan sangat-sangat memerlukan bekalan ubat-ubatan terutamanya insulin, untuk lebih dari 5000 pengidap diabetik di daerah tersebut dan tranquilizers.

Raja Jordan Memberi Amaran Kepada Israel diatas Pembinaan di bawah Al-Aqsa Mosq


Isnin, 05/02/07 –Raja Jordan, Abdullah II, menegur kerana keadaan tempat-tempat suci Muslim Baitulmuqaddis yang dalam keadaan merbahaya, beliau mengutuk Israel dalam percubaan mereka untuk mencacatkan masjid Al-Aqsa, terutamanya jalan membawa kepada pintu pagar Bab Almagharba, berhampiran tembok barat masjid.

Misy’al Minta Abbas Jayakan Pertemuan Di Mekah


Isnin, 05/02/07 –
Ketua Biro Politik Hamas, Khalid Misy’al menegaskan
pentingnya menjayakan pertemuan antara gerakan Hamas dan Fatah. Pernyataan itu dinyatakan Misy’al di Damsyik, Ahad (4/2/07).

3 Fraksi Pejuang Palestin Bergabung.


Isnin, 05/02/07 –

3 fraksi kumpulan pejuang Palestin memberi amaran kepada kerja2 pembinaan di bawah Masjid Aqsa
oleh rejim Zionis di Timur Jerusalem bahawa mereka tidak akan teragak2 melakukan serangan.

Rejim Zionis siap sedia untuk serang Gaza secara besar-besaran


Isnin, 05/02/07 –
Sumber ketenteraan Israel melaporkan malam Sabtu lalu (03/02/07) bahawa pihak tentera Israel telah bersedia untuk melancarkan serangan besar-besaran di Semenanjung Gaza.

Odwan menyeru pelarian Palestin di Iraq supaya pulang.


Jumaat, 02/02/07 –
Menteri Hal Ehwal Pelarian Palestin, Dr Atef Odwan menyatakan bahawa keadaan pelarian Palestin di Iraq amat menyedihkan dan kementerian beliau mencadangkan dibuka laluan untuk mereka kembali ke tanah air.

5 rakyat Palestin diculik


Jumaat, 02/02/07 –
Sumber Palestin melaporkan 5 penduduk Palestin telah diculik oleh rejim Zionis yang menceroboh masuk kedalam perkampungan Tafouha, berdekatan bandar West Bank, Hebron pada pagi Khamis semalam (01/02/07).

Rejim Zionis membunuh seorang budak lelaki dekat Qalandia utara Baitulmuqaddis.


Jumaat, 02/02/07 –

Askar-askar Israel menembak dan membunuh seorang budak warga Palestin di Qalandia yang terletak antara bandar-bandar West Bank Ramallah dan Baitulmuqaddis pada tengah hari semalam.

Nasib Pelarian Palestin di Iraq: Menantikan Pembelaan

oleh : Maszlee Malik

Jika di Gaza dan Tebing Barat, keharmonian dan perpaduan rakyat Palestin telah digugat oleh kumpulan pemberontak yang diketuai oleh Muhammad Dahlan dari Fatah, di Iraq lain pula ceritanya. Pelarian Palestin yang telah mendiami Iraq semenjak taun 1948 lagi kini berada di dalam ancaman dan bahaya. Walaupun kehidupan mereka tidak sepayah kehidupan pelarian Palestin di Lubnan sebelum ini, namun penjajahan AS ke atas Iraq telah merubah segalanya. Jika dahulunya mereka boleh hidup dan tinggal dengan aman, kini tidak lagi. Jika ada sesiapa yang didapati berbual dengan menggunakan dialek Palestin di Baghdad, dia akan terdedah kepada ancaman. Penjajahan As dan juga kegilaan kumpulan militan Syiah telah merubah segalanya.

Hamas kecam sumbangan Washington kepada pasukan keselamatan Palestin


Jumaat, 02/02/07 –
Pergerakan Hamas yang kini menerajui kerajaan, Rabu lalu mengecam hasrat Washington yang mahu membiayai pasukan keselamatan Palestin. Jurucakap Hamas, Ismail Radwan berkata bahawa sumbangan yang disengajakan itu adalah sebahagian daripada hasrat Washington untuk ‘menuang minyak ke atas perang saudara di Palestin’.

Keluarga kanak-kanak 10 tahun yang mati dibunuh menuntut keadilan.


Selasa, 30/01/07 –
Keluarga Abeer Al Arameen, kanak-kanak perempuan Palestin berusia 10 tahun yang dibunuh oleh askar Israel di Bandar Anata berhampiran Baitul Maqdis menuntut tentera Israel menjalankan siasatan ke atas kematiannya dan menghukum askar-askar yang terbabit.

Pihak Luar Cuba Gagalkan Persepakatan Dialog


Selasa, 30/01/07 –

Jurucakap Fraksi Reformasi dan Perubahan di parlimen Palestin,
Solah Bardawel mengingatkan tentang adanya pihak-pihak luar yang cuba menghancurkan
apa yang telah disepakati dalam sidang dialog nasional Palestin yang berlangsung di
Gaza.