
Khamis, 28/12/06 –
Sumber rapat Dewan Kabinet Palestin menyebutkan, PM Palestin akan bertolak ke Mekah
Rabu (27/12) untuk menunaikan ibadat Haji.
uk membincangkan jalan penyelesaian pembentukan
kerajaan Palestin bersatu.

Khamis, 28/12/06 –Sebanyak 49.98% daripada rakyat Palestin masih kekal menyokong HAMAS melalui kajian yang dijalankan oleh Akhbar al-Quds di Palestin. Kajian yang dilakukan ke atas penduduk di Gaza, Tebing Barat dan juga Baitul Mqdis timur menunjukkan bahawa rakyat Palestin masih menaruh kepercayaan kepada HAMAS walaupun mereka terpaksa menghadapi sekatan ekonomi.

Rabu, 27/12/06 –
Sumber media melaporkan bahawa Abbas akan melaporkan kepada Mubarak mengenai mesyuarat yang diadakan antara beliau dengan Perdana Menteri Israel,Ehud Olmert akhir-akhir ini.

Rabu, 27/12/06 –PM Palestin Ismail Haniyyah menerima undangan rasmi dari Raja Abdullah II, Isnin (25/12) malam, untuk berkunjung ke ibukota Amman, Jordan. Ini adalah inisiatif Jordan untuk mengakhiri perselisihan yang terjadi di Palestin antara pihak presiden dan pemerintah.

Selasa, 26/12/06 –
Harian terkemuka Israel berbahasa Ibrani, Yedeot Aharonot edisi Ahad (24/12) menyebutkan pihak Mesir dan Jordan akan menghantar senjata otomatik untuk pasukan keselamatan di bawah Presiden Mahmud Abbas dalam jumlah besar, ?sebagai langkah untuk menyokong kudeta militan terhadap pemerintahan Hamas.

Selasa, 26/12/06 –Kementerian Dalam Negeri dan Keamanan Tempatan Palestin menegaskan bahawa Muhammad Dahlan adalah dalang utama kekecohan yang timbul mutakhir ini di Gaza dan Tebing Barat.

Jumaat, 22/12/06 –
Ghazi Hamad, jurucakap kerajaan PA, pada hari Khamis mengambarkan permintaan yang dilakukan ketua PA Mahmoud Abbas untuk mengadakan pilihanraya awal sebagai satu “ancaman bahaya”.
SIAPA AKU?
(Sebuah Puisi Biografi Syeikh Ahmad Yasin, 1938-2004)
Lahirku di Kampung Al-Jaurah,
Selatan Tebing Gaza, 1938 Masihiah,
Tercetus perang 1948, familiku berpindah,
Mengharung kaki menuju Ghazzah. (Gaza)
Tika asyik beriadah bersama teman,
Malang menimpa, aku terhumban,
Lumpuh seluruh badan,
Namun, kutekad kekuatan,
Lumpuhku tidak bisa menghalang pergerakan,
Minda, fikiran, tadbir jua amalan…

Jumaat, 22/12/06 –
Tentera Israel kembali melakukan serangan, Rabu pagi (20/12/06). Dua anggota Brigade Al Quds , sayap militan gerakan Jihad Islami terkorban di Baldah Silah bahagian barat Jenin utara Tebing Barat setelah tentera Israel mengepung sebuah rumah di bandar tersebut.

Khamis, 21/12/06 –Gaza, 19/12/2006 – Gerakan HAMAS di dalam kenyataan medianya telah menegaskan bahawa Presiden Palestin, Mahmoud Abbas disokong oleh rejim Zionis.

Khamis, 21/12/06 –Perdana menteri Palestin Ismail Haniyyah mengajak para menterinya untuk
mengutamakan kepentingan nasional dalam menjaga ketenteraman awam. Biarlah Mahmud
Abbas bertanggungjawab terhadap semua tindakannya yang menyebabkan rakyat
terkorban.

Khamis, 21/12/06 – Angkatan Tentera rahsia bersenjata telah menyusup kampung Alar berdekatan utara bandar West Bank Tulkarem dan membunuh seorang rakyat Palestin , seorang cedera dan dua lagi diculik pada tengahari Selasa (19/12/06).

oleh : Maszlee Malik
Tiada sesiapa pun yang tergamak untuk menafikan kekejaman Rejim Zionis Israel di bumi Gaza dan Tebing Barat sepanjang tahun 2006. Samada yang dinamakan kekejaman itu adalah “sekatan” ekonomi dan politik yang dikenakan semenjak kemenangan gerakan HAMAS, ataupun ianya dalam bentuk keganasan ketenteraan. Operasi “Summer Rains” yang telah dilancarkan oleh tentera Rejim Zionis ke atas rakyat Palestin sudah cukup menjadi bukti.

Rabu, 20/12/06 –
Beberapa fraksi Palestin yang diwakili beberapa delegasi atau perwakilannya,
Sabtu (16/12) di Damsyik, sepakat untuk menolak cadangan menagadakan pilihanraya
umum awal sebagaimana yang diajukan oleh kumpulan Abbas.

Selasa, 19/12/06 –
Sekurang-kuranya lima penduduk Palestin tercedera pada Sabtu malam semasa pertelingkahan antara penyokong dua parti politik utama di Palestin, Fatah dan Hamas, di Rafah selatan bandar Gaza Strip. Pertelingkahan ini berlaku setelah beribu-ribu orang mengadakan demonstrasi di jalan-jalan sebagai reaksi mereka terhadap Presiden Palestin Mahmoud Abbas,parti Fatah, untuk mengadakan pilihan raya awal.