Selasa, 13/02/07 – Nasheruddin Syair, wakil PM Palestin dan Menteri Pendidikan dan Pengajaran
menyatakan, Eropah kini sedang mengkaji sistem baru untuk bekerjasama dengan
kerajaan perpaduan nasional Palestin pasca deklarasi Mekah.

Selasa, 13/02/07 –Presiden Palestin Mahmoud Abbas akan bertemu rakan sejawatannya dari Mesir Husni Mubarak di Kaherah untuk berbincang tentang perjanjian Palestin sebagai satu kerajaan perpaduan. Menteri Hal-Ehwal Mesir, Mofeed Shehab gembira Shehab berkata kedua-dua belah akan berbincang tentang pembangunan terkini dan peringkat antarabangsa termasuk perhubungan Palestin Authority-US dan kemungkinan dalam proses damai Palestinian-Israel.

Selasa, 13/02/07 –Laporan akhbar harian online Israel Daily Haaretz dalam keluaran hari Ahad menyatakan bahawa kerajaan Israel menolak sebarang cadangan pembentukan kerajaan campuran antara Hamas dan Fatah dan menyatakan bahawa kerajaan campuran tersebut adalah melanggar syarat2 perjanjian damai asia barat.
oleh : Maszlee Malik
Persepakatan Mekkah di antara HAMAS dan Fatah telah memberikan nafas baru kepada masyarakat dunia. Masyarakat dunia yang telah bosan dengan pertelingkahan dalaman di antara rakyat Palestin kini sudah mampu tersenyum. Raja Arab Saudi telah mendapat kredit yang banyak melalui inisiatif beliau ini.

Isnin, 12/02/07 –Menteri Dalam Negeri Israel, Yuve Dikhtir menegaskan, pihaknya belum mengadakan perhubungan dengan mana-mana pihak berkait usaha penghancuran dan
pembuatan terowong di jalan al-Mugarabah, pintu masuk menuju Masjid Al-Aqsa.
Kerja2 pengorekan di kawasan suci Masjid Aqsa oleh rejim Zionis pada 06/02/07.
Rakyat Palestin berdemostrasi atas perbuatan biadap rejim Zionis
Rakyat Jordan sedang berdemostrasi

Isnin, 12/02/07 –Gerakan Pejuangan Islam Hamas menyambut gembira kesepakatan yang telah dicapai di Mekah antara gerakan Hamas dan Fatah, Khamis (08/02), mengenai
pembentukan pemerintahan perpaduan nasional Palestin. Hamas menyebutkan ia sebagai pencapaian nasional bagi seluruh anak bangsa Palestin.

Isnin, 12/02/07 –
Fateh dan Hamas bermesyuarat di Mekah dan menandatangani satu perjanjian sebagai pembentukan perpaduan dalam kerajaan. Perjanjian ini hasil rundingan inisiatif dari Saudi Arab.

Jumaat, 09/02/07 –
Doktor Muhammad Udh, Majis Menteri Palestin, meyakinkan bahawa Hamas dan Fatah akan meneruskan perbincangan penuh demi menubuhkan kerajaan campuran.

Khamis, 08/02/07 –
Raja Arab Saudi, Raja Abdulllah telah melakukan pertemuan secara berasingan dengan presiden Mahmuod
Abbas dan juga Ketua Biro Politik Hamas, Khaled Misyaal di Mekah dalam menangani pertelingkahan
dan juga menubuhkan kerajaan kesatuan.

Khamis, 08/02/07 –
Seorang pakar geologi Israel di Al-Quds menegaskan, penggalian dan penghancuran jalan bersejarah Al-Magharibah menuju masjid utama Al-Aqsa yang
dilakukan Israel bertujuan mencari peninggalan bersejarah milik bangsa Yahudi.
Rabu, 07/02/07 –Di tengah usaha mencari titik persefahaman dengan hati yang ikhlas di tanah suci Makkah, gerakan pemberontak di dalam kumpulan Fattah telah membunuh Komandan Muhammad Dib Abu Kirsy, 25, atau dikenali sebagai Abu Mus’ab, pada malam Selasa (6/2) di Mujamma’ Saraya (pusat perisikan), pusat bandar Gaza.

Rabu, 07/02/07 –Sepanjang keganasan pertempuran dalaman antara Hamas dan Fatah (baca : sekumpulan pemberontak yang didalangi Dahlan) yang berlanjutan di Tebing Gaza, jumlah nyawa rakyat Palestin yang terbunuh mencecah 25 dan sekurang-kurangnya 245 lagi tercedera, termasuk beberapa penduduk yang masih dalam keadaan kritikal.
Rabu, 07/02/07 –
Wakil Hamas dan wakil kerajaan Palestin telah bertemu dengan Khadim Haramain, Raja Abdullah bin Abdul Aziz pada petang Selasa 6/2 di Jeddah, untuk merancang pertemuan antara wakil Hamas dan Fatah dalam beberapa jam lagi malam ini atau esok hari, Rabu.

Rabu, 07/02/07 –Jurucakap kerajaan Palestin, Dr Ghazi Hamad, menyatakan Selasa lepas (06/02/07), satu
perbincangan dalaman antara Hamas dan Fatah di bawah penyeliaan Saudi akan bermula Rabu ini (07/02/07). Raja Abdulllah bin Abd Aziz akan menjadi orang tengah perbincanga ini.